KEZALIMAN SUDAH MENJADI DARAH DAGING BN

Kezaliman sudah menjadi sifat semulajadi BN maka tidak hairanlah kerajaan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka.
Sebab itulah kerajaan BN sanggup menzalimi rakyat pada himpunan aman mansuhkan ISA semalam mereka menangkap 589 orang rakyat dengan Polis menjadi alat mereka.
Dalam sejarah kekejaman BN, mereka bukan sahaja sanggup menangkap, menyiksa dan membelasah rakyat malah kerajaan BN sanggup membunuh rakyat.
Antara rentetan kekejaman kerajaan BN dan penyokongnya ialah :-
1) Membunuh As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan sahabat-sahabatnya di Kampung Memali. Sehingga sekarang kes ini masih belum diputuskan keputusan perbicaraaannya.
2) Menangkap ratusan rakyat di bawah ISA tanpa bicara sehingga ada yang ditahan dalam jangka masa yang sangat lama
3) Membunuh As-Syahid Othman Talib di Lubuk Merbau semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Padang Terap Kedah
4) Pembunuhan Abdul Samad Gol, sehingga kini tidak diketahui siapa pembunuhnya
dan banyak lagi .............
Maka tidak hairanlah jika setakat tangkap dan sumbat rakyat dalam bicara kerana tindakan lebih kejam dari itu pun sanggup mereka lakukan ...........

Comments

abu muaz said…
Membunuh pun mereka sanggup inikan menangkap membabi buta rakyat jelata.
Anonymous said…
teruskan dengan fitnah yang mendarah daging...itukan amalan khurafat PAS!
perhimpunan semalam menyaksikan sebilangan melayu dungu yang menjadi boneka begitu taksub kepada ajaran sesat berkawan dengan setan yang akhirnya mengamalkan sifat binatang bagi menunjukkan kekuatn...takbir
Anonymous said…
Dasar pembangkang, kalau dah buat salah tu, tuding jari kat BN. Ingat, satu jaring menuding, tiga jari yang lain menuding diri sendiri. Dear Malaysian, without ISA, what will happen to our country in the future? Can you imagine at one day we are fighting, killing or bombing each other among Malays, Chinese, Indian or among Muslims & Hindus or even worst among Malays & Malays? SBD
GMI Anti ISA Rally-
Banyak gambar bolih dilihat dari http://reformisjalanan.blogspot.com/

Dan ini ialah kali pertama saya dapat tahu bahawa ada jugak 'tarian Singa" pada hari itu.


Saya cadangkan, agar rally atau demo yang akan datang di buat secara "pesta".

Kalau kita buat demo secara Pesta atau festival. Pelancong pon bolih datang dan bolih bantu perniaga kecil .

Bayangkan lah " GMI Anti ISA Festival Malaysia "
Buat demo dan pesta ( 2 dalam 1)

* Saya rasa kesian ,sebab ada yang sokong ISA ,kuasa polis adalah terlalu luas. Kalau polis tak pakai ISA , mereka maseh bolih pakai akta E.O tanpa rujuk mahkamah .
E.O ialah Emergency Ordinance yang hampir serupa dengan ISA.
Harap orang umno berfikir panjang sikit.
kembara putih said…
ISA...Satu lagi talian hayat UMNO

Sungguh memalukan mengaku Islam tapi bermatian sokong ISA. Mana letak akal fikiran?
Anonymous said…
Tapi tak malu sokong DAP ... kan kan