Kezaliman kerajaan BN melalui Polis yang menzalimi rakyat dengan menembak gas pemedih mata, menyembur air kimia dan menangkap rakyat dengan kasar pada Himpunan GMI 1 Ogos lalu akan dibalas di Permatang Pasir nanti.
Rakyat Permatang Pasir yang akan mewakili seluruh rakyat Malaysia akan menghukum BN pada pilihanraya DUN tersebut. Insya Allah BN akan kalah sekali lagi seumpama mereka dimalukan di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti dan Manek Urai. BN akan tersungkur buat kali ketujuh di Permatang Pauh.
Kezaliman BN memang tiada tolok bandingnya apabila tanpa kasihan belas membedil rakyat dengan gas pemedih mata, air kimia dan belantan yang dibeli dengan duit cukai rakyat. Rakyat yang membayar cukai, kerajaan membalasnya dengan kekerasan.
Tidak cukup dengan itu berpuluh rakyat dihadapkan ke Mahkamah atas beberapa tuduhan yang berkaitan kerana dituduh berhimpun secara haram.
Memang rakyat tiada kudrat dan kuasa untuk berhadapan dengan kerajaan dan agensi-agensinya tetapi ingatlah rakyat mempunyai kuasa undi untuk menumbangkan kerajaan. Seorang rakyat mempunyai satu undi. Kalau 51 % rakyat sedar dan mengundi PR, Insya Allah BN akan berkubur pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
Tetapi sebelum itu Insya Allah BN akan terus disengsarakan dengan kekalahan ketujuh selepas Pilihanraya Umum ke 12 iaitu tumbang dengan aib di Permatang Pauh.
Comments