Kerajaan paling zalim dalam dunia sebelum ini pun tidak pernah menangkap rakyatnya seramainya 589 orang.
Namun inilah yang dilakukan oleh kerajaan BN semalam menangkap rakyat marhaen secara membabi buta tidak kira warga emas, wanita remaja. Semua gara-gara ketaatan kepada kerajaan BN yang zalim.
Rakyat berhimpun secara aman hanya untuk merasakan tidak puas hati terhadap akta zalim ISA dan ingin menghantar memo kepada Yang Dipertuan Agong. Mereka bukannya ingin merusuh, merosakkan harta benda awam dan menganggu ketenteraman awam.
Polis yang bergelar Polis Diraja Malaysia sewajibnya menjaga dan membantu mengawal suasana bukannya menimbulkan provokasi dan menembak gas pemedih mata dan air terhadap mereka.
Lebih teruk lagi Polis bukan sahaja menangkap dan menembak gas serta menyembur air terhadap mereka malah ada yang dipukul dengan belantan.
Lebih teruk lagi Polis bukan sahaja menangkap dan menembak gas serta menyembur air terhadap mereka malah ada yang dipukul dengan belantan.
Inilah balasan Polis terhadap rakyat yang membayar gaji mereka dengan bayaran cukai.
Saya dengan ini menggesa kerajaan BN dan Polis supaya :-
1) Membebaskan rakyat yang ditahan tanpa syarat
2) Memohon maaf kepada seluruh rakyat yang ditahan dan rakyat yang menghadapi kesulitan akibat peristiwa semalam.
3) Membebaskan tahanan ISA serta merta
4) Memansuhkan ISA serta merta
5) Membayar ganti rugi atas juga kerugian yang dialami oleh rakyat yang ditangkap dan peniaga yang tidak dapat berniaga
Comments
Lu memang anak haram. Kalau dah totok umno tu, hilang rasa kemanusiaan.Esok di akhirat kamu rasalah akibatnya.Barangkali kamu ini manusia tiada agama.Tunggulah pembalasan dari Tuhan.Memang mentaliti umno ngok ni tak boleh dipakai lagi. PU 13 nanti kita tengok, memang agaknya keturunan umno ngok ni bodoh-bodoh belaka sebab lagi bodoh lagi seronoklah pembesar umno kelentong penyokong umno ngok.
PPSMI dimansuhkan hasil usaha demonstrasi aman sebeginilah jua... Hanya ini sahaja yang mampu rakyat lakukan untuk menyedarkan penguasa, melalui himpunan aman...
takbirrrr!!!! (^_^)