KERAJAAN MESTI GUNA KUASA BENDUNG WABAK H1N1

Perdana Menteri Najib Tun Razak berkata wabak influenza A (H1N1) kini telah menjadi ancaman serius kepada negara dan menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat-tempat awam.
Beliau meminta semua rakyat mengambil langkah pencegahan secara menyeluruh ekoran angka kematian H1N1 meningkat kepada 14 orang sehingga semalam dan banyak sekolah dan institusi pendidikan tinggi ditutup kerana terdapat kes jangkitan.
Bagi kerajaan juga mesti memainkan peranan dengan mengarahkan semua program-program umum yang melibatkan kehadiran ramai orang dibatalkan serta merta.

Namun saya tidak nampak perkara ini dilakukan. Malah dari sumber yang dipercayai kerajaan Melaka umpamanya tidak mengarahkan pasaraya ditutup walaupun ada pihak mendakwa pekerja salah satu pasaraya di Melaka ada meninggal akibat H1N1.
Jadi kerajaan pusat mesti bertindak segera kerana tanpa arahan dan penguatkuasaan dari kerajaan maka arahan dan nasihat sebegini tidak akan dituruti.

Comments

Anonymous said…
PAS juga kena bendung penjualan arak di Sgor..ini janji PAS kepada seluruh pengundi Sgor..nak tutup kilang Carlsberg..skang dah jadi kerajaan di Sgor..apa lagi buat lah..undang-undang kat tangan, laksanakan lah..ingat ini JANJI PAS..
Anonymous said…
Anon01:10
BAHLOL Dan tolol nnnyyyaaaa anda ini .Permit dan lesen penjualan arak dan judi adalah dibawah kawalan kerajaan pusatlah tolollll.Inilah kalau menyokong membabi buta .Tapi apa nak hairankan sebab ahli umno ni ramai yang tolol...Tu dia sampaikan wabak selsema babi ini sudah sampai tahap serious tetapi ahli umno senyap ajee...Barangkali kalau yang mati tu nanti kena pada Pak menteri dan suku sakatnya hahhhh baru padan mukaaaaa.
Anonymous said…
Anon 19.23

Lesen jual arak dikeluarkan pejabat daerah. Pejabat daerah dibawah kawalan Kerajaan negeri. Siapa perintah Negeri Selangor? Jgn emosional dan mengata sembarangan. Inikah sikap orang PAS yang membawa bendera ISLAM. Apakah ISLAM PAS begitu rupa?