KERAJAAN BN DEGIL DAN KERAS KEPALA

Meskipun Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) telah beberapa kali menegaskan bahawa ISA adalah melanggar hak asasi manusia namun kerajaan 1Malaysia tetap berdegil dan meneruskan akta zalim tidak bertamadun itu.

Di zaman semuanya serba moden malangnya pemikiran pemimpin BN masih kolot dan ketinggalan zaman. Semua itu adalah kerana dek nafsu dan takutkan bayang-bayang sendiri sehingga merasakan ISA adalah penyelamat mereka sedangkan ianya jelas bertentangan dengan Islam, prinsip hak asasi manusia dan demokrasi.

Hari ini SUHAKAM sekali lagi menggesa kerajaan memansuhkan ISA seperti syor yang dibuatnya sejak 2003 kerana tahanan tanpa perbicaraan bercanggah dengan hak asasi.

"Suhakam ingin mengulangi pendiriannya bahawa ISA mesti dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baru yang lengkap yang menyeimbangkan keselamatan negara dan juga hak-hak asasi sebagai Akta Anti-Keganasan bagi menangani kegiatan terorisme dan tindakan ganas terhadap massa," kata naib pengerusinya Tan Sri Simon Sipaun.

Kenyataan itu turut ditandatangani oleh empat lagi pengerusi jawatankuasa kecil Suhakam: Datuk Dr Michael Yeoh, Datuk Choo Siew Kioh, Datuk Khalid Ibrahim dan Datuk Dr Denison Jayasooria.

Selain itu SUHAKAM berpendapat bahawa tindakan Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air pada himpunan aman GMI 1 Ogos lalu adalah "berlebihan sehingga membawa kesan kepada mereka yang berada di kawasan berdekatan" kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.

Suruhanjaya itu juga mempertikaikan tindakan polis menangkap, menggari dan mereman kanak-kanak bersama penentang dewasa akta kontroversi tersebut kerana ia bercanggah dengan Akta Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen Hak Kanak-kanak.

Selain menegaskan peri pentingnya hak orang ramai mengadakan perhimpunan, dalam satu kenyataan bersama lima pesuruhjaya Suhakam.

Namun sebagaimana biasa kerajaan 1Malaysia yang menubuhkan SUHAKAM mengenepikan pandangan SUHAKAM begitu sahaja.


Comments

Anonymous said…
Yang degila dan keras kepala ialah lembu-lembu PAS dan PKR yang berdemo tanpa faham peruntukan yang ada dalam ISA.

G sekolah lah dulu....
colsan said…
Sial pas ni. menyusahkan rakyat. babi betul lah pas laknat nie. sial.
mata2 said…
Kalau rakyat yang kontara berdemo kata 'sial' kalau yang pro nak kata apa pula? yang kata 'natang' kat raja tu sial juga lah!! cam tu kalu yang tentang malayan union 46 dulu sial juga lah. Agaknya cucu cicit sial 1946 tu yang keras kepala dan degil...2X5 = 10X01 !!!