JEFF OII DIBERIKAN AMARAN KERAS

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul Hisham Shahrin kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen Jelutong yang melemparkan tuduhan bahawa Ahli Majlis Kerajaan Negeri Pulau PInang Mohd. Razali Abdullah sebagai "Muslim extremist" kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang mempunyai misi membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Badrul Merujuk kepada kenyataan yang di buat oleh YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong (DAP)merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan didalam akhbar The Sunday STAR bertarikh 02.08.2009 mukasurat N.12.

"YB Ooi menuduh Sdr. YB Ooi mendesak "the council should not allow "a religious extremist" in its administration" (pihak majlis tidak sepatutnya membenarkan seorang ekstremis agama (Islam)didalam pentadbirannya).
Beliau selanjutnya menyatakan "the state was setting a dangerous precedent by allowing an alleged extremist religious activist to infiltrate the local government system" (pihak kerajaan negeri telah membuka ruang untuk membolehkan seorang ekstrimis agama (Islam) untuk menyusup masuk kedalam sistem kerajaan tempatan")."

"Saya mengecam dengan keras kenyataan Jeff Oii yang langsung tidak menggambarkan mentaliti beliau sebagai seorang ahli parlimen Malaysia. "
Badrul berkata sebagai seorang pimpinan Pusat, KEADILAN (komponen Pakatan Rakyat) dan selaku ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) saya menyifatkan kenyataan Jeeff Oii ini hanya cubaan mencari populariti tanpa mengetahui latar isu dengan betul.
Badrul menghubungi saya sebentar tadi. Dengan nada yang kesal beliau memohon salah tanggapan Jeff Oii ini diperbetulkan.
Menurutnya Jemaah Islah Malaysia @ JIM merupakan sebuah NGO yang berteraskan Islam yang telah lama ditubuhkan dan berdaftar dengan pendaftar pertubuhan di Malaysia. Pelbagai bentuk program berbentuk kemasyarakatan dan kebajikan berjaya dianjurkan oleh JIM.
JIM bebas pengaruh politik tetapi selaku gerakan dakwah dan islah, JIM telah mengambil banyak sikap politik yang progresif dalam banyak isu dalam dan luar negara.
"Merujuk kepada ‘track record’ Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah merupakan seorang jurutera yang mendapat kelulusan cemerlang. Berdasarkan latar belakang professional beliau serta kebolehan beliau, maka nama beliau telah diangkat untuk mewakili Parti Keadilan Rakyat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang.".
"Kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Jeff Ooi mengambarkan yang beliau tidak mempunyai maklumat yang tepat berkaitan isu yang dibangkitkan. Beliau harus mendapatkan nasihat serta pandangan dari pelbagai pihak sebelum mengeluarkan kenyataan ini.
Beliau seharusnya sedar bahawa setiap dari Ahli Majlis MPPP yang dilantik adalah berdasarkan kriteria- kriteria tertentu yang diputuskan oleh Parti yang diwakili mereka." tambah Badrul.
Menurutnya ini bukanlah kali pertama Jeff Oii mengeluarkan kenyataan bersifat provokasi tanpa ilmu seperti ini.
Beliau memberikan amaran kepada Jeff Oii supaya berhenti mengeluarkan kenyataan mencari populariti tanpa mendapat maklumat sebenar atau beliau akan hilang penghormatan di mata anak muda progresif dalam negara.

Comments

Anonymous said…
Celaka punya Cina..
Anonymous said…
bila tak sunat kepala jadi kotor!!!
Anonymous said…
Jeff Oii ni sebenar nya perasan dan memandai mandai. Kena lepok nanti baru tahu!!!
Kalau ia pun nak masuk MCA masuk sahaja lah dan bolih cepat kaya dan selalu lah pergi seminar ke luar negara. Poraaah la jeff oii
Anonymous said…
Aikk nak marah plak..., kan ke kengkawan PAS tu.

Sokong ler lagi ya....
mata2 said…
PAS ada prinsip, tak kira kawan kalau tak betul, bukan macam kau orang, tak betul pun hangguk juga!!!
Anonymous said…
PAS ada prisip???? Ha ha ha satu kenyataan yang paling kelakar dan patut ditertawakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Nak didik pengikut PAS supaya membuang tabiat maki hamun dan memfitnah pun pemimpin PAS tak mampu...., kat mana prinsip anda semua???