JANGKAAN SAYA TEPAT, PAS MENANG BESAR

Seperti yang saya jangka sebelum ini PAS akan menang mudah akhirnya menjadi kenyataan. Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan oleh SPR tetapi keputusan tidak rasmi menunjukkan PAS menang besar iaitu lebih dari 4,000 undi.

Antara faktor kemenangan PAS ialah (seperti yang saya nukilkan sebelum ini) :-

1) Perpaduan PR semakin mantap dan ini menyebabkan rakyat semakin yakin kepada PR. Ini ditunjukkan dengan gerakerja bersepadu antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat di Permatang Pasir. Semua pimpinan utama PR turun padang membantu kempen dan ini dilihat oleh rakyat sebagai suata perkara positif yang melambangkan perpaduan dan keutuhan PR.

2) Kerajaan PR Pulau Pinang pimpinan DAP berjaya meyakinkan rakyat semua kaum bahawa ianya sebuah kerajaan rakyat yang mementingkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Program kebajikan seperti pembasmian golongan miskin tegar, elaun guru KAFA yang dinaikkan, elaun untuk pada Hafiz dan Hafizah dan lain-lain berjaya menutup mulut Umno/BN.

3) Pengaruh Anwar terus utuh dan kukuh di Permatang Pauh sehingga rakyat Permatang Pasir terus memberikan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat

4) Jasa dan perkhidmatan Allahyarham Hamdan tetap dikenang rakyat Permatang Pasir dan mereka yakin Ustaz Salleh Man mampu untuk meneruskan legasi Allahyarham Hamdan

5) Sifat tenang, mesra, mudah didekati, tidak mempunyai rekod buruk dan ketekunan Ustaz Salleh Man sepanjang kempen memikat hati rakyat untuk mengundi beliau

6) Ustaz Salleh Man memang telah lama dikenali rakyat kerana pengelibatan politiknya bersama PAS sejak lebih 25 tahun bergiat dalam gerakerja politik dan kemasyarakatan. Malah beliau sering bersama-sama dengan Allahyarham Datuk Hamdan menyelesaikan masalah rakyat.

7) Kekuatan asas PR di Permatang Pasir memang cukup untuk memberikan kemenangan kepada PR kerana di DUN ini PAS dan PKR mempunyai lebih dari 2,000 ahli berdaftar ditambah lagi dengan bilangan ahli dan penyokong DAP yang juga ramai. Rekod bersih PAS memenangi semua Peti Undi pada PRU 2008 dahulu membuktikan sokongan padu rakyat kepada PR dan ianya terus dipertahankan pada PRK Permatang Pauh sehingga sekarang.

8) Mood rakyat yang sememangnya terus cenderung menyokong PR dengan isu-isu nasional seperti kematian Teoh Beng Hock, isu perkauman, serangan dan fitnah berlebihan kepada Datuk Nik Aziz menambah sokongan dan simpati kepada calon PR

9) Jentera PR yang sistematik, cekap, sepadu di tambah dengan strategi kempen yang mengena menambahkan lagi keperitan Umno/BN. Jentera PAS sendiri iaitu MTD terus beristiqamah menjalankan gerakerja di DUN ini sejak Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman menjadi wakil rakyat selepas PRU 1999 lagi.

10) Kesilapan Umno/BN memilih calon bermasalah memudahkan lagi PR untuk menang di Permatang Pasir. Sejak dari awal kempen Umno/BN berada dalam keadaan defensive dimana terpaksa ‘membersihkan’ salah laku dan peribadi calonnya yang jelas buruk dan tercemar

11) BN sendiri dilihat bercakaran sesama sendiri dengan isu terbaru berkaitan PKFZ menambahkan parah BN yang sememangnya sudah parah dengan isu dalaman MCA, MIC dan Umno yang sehingga kini tidak dapat diatasi.

12) Umno Bahagian Permatang Pauh masih bercakaran sesame sendiri di tambahkan lagi dengan penentangan akar umbi terhadap pemilihan Rohaizat sebagai calon sedangkan masih ramai lagi calon lain yang bersih, berkarisma dan diterima oleh akar umbi

13) Pengundi di DUN ini sememangnya tidak mudah ditipu dan termakan dengan pujuk rayu dan sogokan Umno/BN kerana mereka terdedah kepada maklumat alternative dengan lokasi mereka yang berdekatan dengan Bandar dan mudah mendapat maklumat

14) Isu-isu pembangunan dan projek segera tidak menarik minat pengundi di sini kerana hampir semua kemudahan asas telah sedia ada di sini.

15) Fitnah Umno/BN terhadap Tok Guru Nik Aziz dalam isu syurga dan fitnah terhadap Ustaz Salleh akhirnya memakan diri mereka sendiri kerana rakyat faham dan sudah mangli dengan isu seumpama itu.

Comments

Putra IJ80 said…
Ada satu fenomena yg.jelas sekarang.

Walaupun berlaku berbagai pergolakan di pihak atasan.,yg kadang kala sengaja di ada adakan.

Namun ia tidak mempengarohi grassroots.,atau dgn maksud orang bawahan atau orang ramai.,.

Mereka saolah olah sudah sebati,undi apa saja asal BUKAN UMNO(BN).

Itu yg.patut kita bangga dan sebagai orang Islam kita amat bersyukur dgn nya.
Muallim Adham said…
slm...
tahniah sememangnya begitu la... sekarang masyarakat semakin bijak dan pandai menilai buruk baik...

elok kawe andaikan politik ni sebagai satu perlawanan bola....
penyokong sebagai rakyat, dan pengadil perlawanan sebagai kerajaan yang memerintah...
senario di tempat kita ialah pengadil membuat keputusan dlm perlawanan, jika pengadil membuat keputusan yang salah atau membuat tindakan yang tidak sepatutnya, penyokong di luar padang yg memerhati pasti marah, namun tidak boleh buat apa2 kerana keputusan pengadil adalah muktamad.. jika keadaan ini terus menerus dgn tindakan pengadil yang sentiasa tidak adil, sementara penyokong bola tahu kebenarannya namun tiada kuasa untuk bertindak... maka lama2 kesabaran penyokong bola itu akan meletup juga seperti yang berlaku di luar negara yang sehingga menyebabkan rusuhan disebabkan perlawanan bola...

fikir2kan...
Anonymous said…
TAKBIR!!!!

Hanya Islam yang akan menang di muka bumi ini,lihatlah kemenangan perjuangan Rasulullah saw...

Tahniah Pakatan Rakyat, berkat doa kaum ulamak,berkat perpaduan kukuh dalam Pakatan Rakyat, kini sekali lagi UBN tumbang..

Kita tunggu kat mana lagi akan ada PRK terutamanya diDUN milik UBN
Anonymous said…
kan aku dah kata dari awal lagi bn siap keranda... tadi DSN kAta nak buat post moterm. bn asyik kene bedah siasat, satu demi satu setiap kekalahan. tak faham2 lg pemimpin bn makin lama makin bodoh. kalau dah kalah lepas satu demi satu nak siasat apa lg? jawapan nya senang jer RAKYAT DA MEMANG BENCI DAN MELUAT SELAGI PSRM SRM PDRM MEDIA LETRONIK DAN PEGUAM NEGARA MAIN PERANAN SEBAGAI SAYAP UMNO/BN. .. RAKYAT AKAN TERUS MEMBENCI UMNO/BN. ADA YANG KATA PI MAMPUS...ITU LAH YANG SAYA DENGAR DARI ORANG BISU TADI. ENTAH KNAPA DIA TETIBA BLH BERCKAP DAN KELUAR PKTAAN TU.
Anonymous said…
Media BN melaporkan kemenangan PAS, tapi majoriti merosot.
TAK SEKOLAH apa BN dan media tunggangan mereka?
memanglah majoritinya berkurangan sebab peratus yg keluar mengundi hanya 72 peratus, berbanding pilihanraya yg lepas sebanyak 80 peratus lebih.
Apasal SPR buat pilihanraya pada hari bekerja? kemudian suruh rakyat ramai2 keluar mengundi......kononnya...
Bilalah spr , sprm dan semua bahan2 tunggangan BN termasuklah BN sendiri yang jadi kaki tunggang, nak matang?
bila nak sedar yang kamu semua mesti betul2 hormat pada rakyat? bila nak sedar yang rakyat dah bosan diperkotak katikkan oleh BN selama berpuluh2 tahun?
bila nak sedar yang zaman anda semua dah berlalu?
Anonymous said…
APE NAK HERAN KORANG MENANG...DAH MEMANG KUBU KUAT KORANG...KALO BN MENANG KAT KUBU KUAT DIA PUN AKU X HERAN!!!...TAPI KALO KORANG BOLEH TEMBUS KUBU KUAT BN...BARU AKU BOLEH SALUTE KORANG!!!!...YANG PENTING MAJORITI MENURUN..
APA-APA PUN TAHNIAH KPD PAS...LEPAS NI JADILA ADUN YANG BEKERJA UTK RAKYAT...BERSUARA UNTUK RAKYAT...WALAUPUN PAS PARTI YANG TERCOROT DI PENANG..TAPI TUNJUKANLA KEJANTANAN KORANG UTK MEMBELA NASIB MELAYU DI PENANG...
ataspagarje said…
Tahniah Pas..lepas ini blh lah Salleh Man di lantik menjadi YDP Maipp..itupun kalau diperkenan SPB Yang di Pertuan Agong..

Tahniah sekali..kalian layak menang dgn kerja kuat kalian..
Anonymous said…
X PAYAH TUNGGU PERKENAN AGUNG MAA...DAPAT PERKENAN ANWAR PUN SUDAH CUKUP LORR...
Anonymous said…
kalu Agong tak perkenan. Mau meroyan pas
sacsur said…
Apa malang nasib penduduk permatang pasir sbb dapat adun parti yang jahil dan bodoh dalam agama. alamat, makin ramai le umat islam kat pmtg pasir yang akan masuk kristian dan buddha. sbb islam dianggap mcm main2 je oleh parti pas ni. salleh man tu pulak bukan bijak sgt memimpin, malang sungguh org pmtg pasir ni. takziahhh
Anonymous said…
umno blh d ibaratkan pakaian lusuh buruk busuk hapak tak pernah basuh dan koyak rabak. koyak kat kolar di jahit d tampal. esok koyak di ketiak ditampal lg lusa koyak di bahu begitu lah seterus nya. busuk hapak tak bolih d basuh nanti hancur relai. ni lh umno kalau d ibaratkan pakaian. baik buang jer dlm tong sampah ganti pakaian bunddle lagi baik.
Terima Kaseh kepada penduduk P.Pasir
,Tahniah kepada Pakatan Rakyat , "Rakyat bloggers" dan tahniah juga kepada umno .
Tanpa umno , tak mungkin Pas boleh menang dengan begitu besar.

Majulah Pakatan Rakyat