ISU ARAK DI SELANGOR : UMNO/BN DAPAT 'SENJATA' BARU

Umno/BN mendapat 'senjata' baru hendak membantai PR. Senjata itu ialah isu arak yang ada kaitan dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu.
Utusan Meloya mula melaga-lagakan PAS dan DAP dalam isu ini. Dua laporan yang disiarkan oleh Utusan iaitu 'Khalid Takut DAP, Tidak Hormat PAS' dan 'PAS lancar kempen pecat Ronnie' memang mempunyai niat jahat untuk memecahbelahkan PR.
Utusan menyiarkan kenyataan kawan Ehud Barak, Zahid Hamidi yang menyatakan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim takut kepada DAP dan tidak menghormati PAS.
Ini kerana menurutnya Zahid, Khalid menolak mentah-mentah saranan PAS Selangor agar Ronnie Liu dilucutkan jawatan Exco Kerajaan Tempatan kerana mengganggu tugas Majlis Bandaraya Shah Alam dalam isu perampasan arak.
Selain itu Utusan Meloya juga menyiarkan kenyataan Ketua Penerangan Selangor, Roslan Shahir bahawa PAS Selangor melalui Dewan Pemuda PAS Selangor akan mengadakan kempen supaya Ronnie Liu digugurkan dari jawatan Exco.
Bagi saya isu ini merupakan yang mudah untuk diselesaikan. Cuma ketiga-tiga pihak iaitu PAS, PKR dan DAP mesti berlapang dada dan hormati menghormati dalam isu yang melibatkan Islam dan sensitiviti masyarakat setempat.
Adalah tidak manis jika ianya diperbesar-besarkan di dalam media. Adakah pihak yang terbabit tidak boleh duduk semeja dan berbincang sedangkan pejabat masing-masing adalah dalam bangunan yang sama.
Jangan keruhkan suasana kerana musuh sentiasa mencari peluang untuk menghunus senjata dan menikam kita.

Comments

PAS-PKR-DAPigs said…
Senjate ape bende nye?
Kan ke kat Selango tu PAS cuma kena layan macam anjing kurap aje?
Sebenar nya hal Arak seharus nya di bentangkan dalam dewan negeri.
Yang bukan Islam pon sokong tak mahu arak di kawasan mereka.
Bentang kan di dewan negeri , buat undang-undang arak dalam negeri yang baru .
Bukan nya dengan cara buat rampasan sebab kini tiada undang-undang untuk berbuat demikian.
Buat perancangan beperingkat.
Contoh seperti berikut-

Beri notis kepada kilang bir di selangor agar kemunkinan bersiap sedia untuk pindah jika perlu.

Semua khemah tentera juga akan diberi notis bahawa bir akan diberhentikan.

Beri notis bahawa lesen arak tak akan di keluarkan pada masa depan.

Bolih di buat juga bahawa arak tidak bolih di jual pada hari jumaat

Dan banyak lagi cadangan untuk sekat bahan arak ini.

Niat yang baik harus di buat dengan cara baik dan teratur.
Supaya bolih diterima dengan baik oleh rakyat . Jangan terkejutkan rakyat .

Saya nasihat Pas selangor untuk bincang perkara ini dalam dewan
dengan rancangan yang teliti.

Kalau saudara Sofi ada berhubung dengan Pas Selangor, sila beri nasihat. Bahawa memang ada sokongan tapi harus lah dengan teliti dan ada rancangan.
Anonymous said…
Assalam..
Saya tidak melihat ianya sebagai satu senjata. Rakyat bukan senang digula-gulakan terutamanya di negeri Selangor. Tapi sentimen keagamaan inilah yang mendorong saya berasa marah dengan isu ini. Sebagai orang Islam tindakan DAP ini sememangnya satu penghinaan kepada agama kita. Wassalam
Anonymous said…
INI SEMUA KERJA JAHAT UMNO YANG CUBA MELAGA2KAN PAS DAN DAP..HAL INI SEMUANYA TELAH SELESAI..HASSAN ALI TELAH BERSEMUKA DENGAN RONNIE..DAN RONNIE TELAH MINTA MAAF ATAS KECELUPARAN BELIAU..HASSAN ALI JUGA TELAH MEMINTA MAAF ATAS KETELANJURAN KENYATAANYA KEPADA MEDIA...SEMUA PENYOKONG2 PAS DI SELANGOR JUGA TELAH MENERIMA MOHON MAAF DARI RONNIE...ISU INI TELAH SELESAI...JANGANLA KERANA HAL YANG KECIL ITU KITA BERBALAH
Anonymous said…
MUTAligat ni tak sadar diri lagi..PAS jadi kuda tunggangan DAP tapi dia masih mabuk kuasa..tuding jari kat orang lain
Anonymous said…
TIADA ISU SIAPA TUNGGANG SIAPA..UMNO YANG SUKA TGK DAP DAN PAS BERCAKARAN..TAPI PADA HAKIKATNYA ISU INI TELAH SELESAI..
Anonymous said…
Isu dah selesai? Kedai jual arak tu masih jual arak..jual arak tu kat depan surau..Dah selesai bila DAP suruh pulangkan balik dan benarkan kedai tu terus jual arak kat depan surau
Anonymous said…
ALO KAWAN..KITA MASYARAKAT BERBILANG BANGSA..BAGI SAYA RONNIE X SALAH...SEMUA BERHAK HIDUP CARA MASING2...HASSAN ALI X PERLU BERTINDAK SECARA EMOSIONAL..X PRLU HEBOH2 PADA MEDIA PERDANA..TAPI ISU INI TELAH SELESAI...HASSAN ALI SUDAH MINTA MAAF SAMA RONNIE..SO UNTUK ORG2 BN MIND YOUR OWN BUSINESS..STOP POROVOKASI...PR MASIH LAGI KUAT..
Anonymous said…
Berjayakah PAS Selangor Menentang PKR&DAP Selangor dalam Isu arak ni..Jika PAS mengalah,adakah PAS perlu lagi berkompromi dengan puak2 kafir DAP ni.Dari dulu lg DAP menetang penubuhan negara Islam..Kuar sahaja dari PR..Biar PAS jadi satu jabatan ganti JAKIM dlm kerajaan Persekutuan.
Anonymous said…
PAS ada 8 kerusi saje di DUN Sgor. Suara mereka tidak akan di dengan oleh PKR dan DAP kerana kalau keluarpun mereka, tidak akan tumbangkan Kerajaan Negeri. Ini semua telah dirancang oleh DAP, jgn kita lupa bahawa Speaker DUN Sgor datangnya dari DAP, so dia akan laksanakan strategi untuk pastikan kerajaan yang didokongi mereka berpanjangan. Tidak seperti di Perak. Rancangan untuk gantung ahli-ahli dari BN ini telah di atur. Selepas ini akan ada gerakan yang mungkin sedang dibuat oleh PKR dan DAP semasa sidang Dewan akan datang. Pastinya telah terlambat kerana Melayu dan PAS sendiri yang undi DAP dan PKR yang majoritinya bukan Melayu dan ISlam. Buktinya, arak boleh dijual di Seksyen 8, di depan surau lagi. Bukankah ini menghina ISLAM? Tapi Khalid Samad tikam dan curah cuka pada Hassan Ali, kenapa? Kekadang, terfikir juga padan muka Hassan Ali ni, dari dulu lagi diam seribu bahasa, termasuklah Halimah dan Iskandar, tahu mereka adalah mengutuk dan mengeji sesama Islam, bahawa mereka dan golongan mereka sahaja yang baik. Tuding jari kat orang lain setiap kali wujud kelemahan, orang lain sahaja yang rasuah. Nah, sekarang Tony Pua pula datang dengan "pisau" di tangan dan sembelih PAS..nak kata apa..arak tetap boleh dijual..masa pilihanraya dulu, kilang Carlsberg tu pun dijanjikan nak di tutup..now 7/11 jual arak depan surau pun tak boleh selesai..nak harap Yaakob sapari..huh, telur pun masuk ke kerandut balik..takut langsung bukak mulut..setidak-tidaknya, masa BN dulu, tak berani depa nak jual kat Seksyen 8 tu..kesimpulannya kalau nak terus undi PKR/PAS/DAP ni, terima dan tanggunglah akibatnya