HIMPUNAN BANTAH ISA : SIAPA YANG MENYUSAHKAN RAKYAT?

Sejak dari semalam media pengampu BN tidak habis-habis menyatakan bahawa pihak penganjur Himpunan ISA menyusahkan rakyat. Hakikatnya bukan rakyat yang susah tetapi pimpinan BN dan Polis pengampu BN yang susah.
Hujah media pengampu BN adalah :-
1) Jalan sesak teruk akibat himpunan itu
2) Peniaga tidak dapat berniaga
3) Pelancong takut untuk datang
4) Memalukan negara
Saya ingin membuat penjelasan dan pertanyaan kepada kerajaan BN dan Polis :-
1) Siapa yang membuat sekatan jalan raya sejak dari awal lagi sedangkan rakyat ingin berhimpun aman seperti semasa Himpunan BERSIH. Sepatutnya Polis bertanggugjawab mengawal lalulintas bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
2) Peniaga tidak perlu takut dengan himpunan aman kerana semakin ramai yang datang maka sudah tentu banyak barangan mereka akan laku. Masalahnya peniaga terpaksa menutup kedai kerana Polis menembak gas pemedih mata sehingga peniaga terpaksa lari awal dan tutup kedai,
3) Pelancong tidak takut untuk datang jika himpunan itu tidak diganggu polis dengan tembakan gas pemedih mata dan pancutan air
4) Negara malu dengan penafian hak asasi manusia dengan tahanan tanpa bicara di bawah ISA, tangkapan terhadap rakyat yang berhimpun secara aman sehingga indeks hak asasi manusia di Malaysia merudum.
5) Siapa yang menyusahkan rakyat dengan membuat penahanan tanpa bicara dan menzalimi keluarga tahanan ISA. Rakyat juga terdedah kepada kezaliman ISA di mana kerajaan berhak menangkap sesiapa sahaja tanpa bukti kukuh dan tanpa bicara.

Comments