H1N1 VS ISA

Wabak H1N1 meragut mangsa ke 7 hari ini. Seorang wanita berusia 24 tahun dari Miri meninggal dunia pagi ini.

Nampaknya wabak ini semakin kronik dan menular dengan begitu cepat. Sehingga kini lebih dari 1,400 orang sudah disahkan mengidap virus merbahaya ini.

Di Melaka, seorang pesakit telah disahkan meninggal dunia akibat bala Allah ini.

Namun persoalannya apakah kerajaan BN serius menanganinya seumpama seriusnya mereka mempertahankan akta zalim ISA sehingga sanggup membelasah, menyakiti dan menangkap rakyat yang berhimpun secara aman 1 Ogos lalu.

Comments

Anonymous said…
Cetek nyer fikiran penulis...
Anonymous said…
Mereka berani dengan rakyat tetapi kecundang dengan H1N1. H1N1 bukanlah musuh utama mereka. Musuh utama mereka ialah PR. Tidak mengapa 4-5 orang mati dan beberapa ribu orang dijangkiti virus H1N1. Namun, musuh utama ialah yang berdemonstrasi di jalanraya dan yang mengajak orang mengundi selain dari UBN.