H1N1 : SAMPAI BILA HENDAK DIBIARKAN ?

Wabak H1N1 terus merisaukan rakyat Malaysia. Namun kerajaan pusat dan negeri Melaka seolah-olah tidak runsing. Setakat ini mereka masih yakin dengan tindakan yang sedang mereka ambil sekarang walaupun kematian sudah menjangkau 18 orang.
Hari ini 3 lagi kematian dicatatkan. Sebanyak 53 kes baru turut dilaporkan menjadikan jumlah yang disahkan positif mencecah 1,578 kes.
Mengapa kerajaan masih berdegil dan tidak mahu mengambil langkah yang lebih drastik seperti saya telah postingkan beberapa kali dalam blog saya ini?
Adakah kerajaan ingin menunggu hingga beratus-ratus rakyat mati dan wabak ini tidak dapat dikawal lagi?
Sekarang ini hospital dan klinik kerajaan seolah-olah tidak larat lagi menerima bilangan pesakit yang berpusu-pusu datang untuk membuat pemeriksaan.
Ada diantara mereka terpaksa berjam-jam menunggu giliran mereka.

Comments

Dr Sam Rasputin said…
Saya pun risau... ada cadangan dr.?
abu muaz said…
Kalau kementerian kesihatan dah tak larat biarkan pada FRU uruskan masalah ni.
Ross Safina said…
Salam...
Good news here:

FIGHT THE INFLUENZA A(H1N1) FLU WITH PROTECUR-100?

H1N1 is a global problem and it doesn't appear to be stopping. With WHO declaring LEVEL 6 which is PANDEMIC level for H1N1, now is the time to pay extra attention to your health. You really need a strong immune system so that you can reduce your risk of contacting H1N1.

www.PROTECUR.com