H1N1 BALA ALLAH

Lapan lagi dilaporkan meninggal dunia akibat influenza A (H1N1), menjadikan jumlahnya meningkatkan kepada 26 orang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kematian tersebut dilaporkan antara 3 Ogos hingga hari ini.

Menurutnya, ada kematian tersebut yang hanya dikesan selepas dilakukan bedah siasat.
Wabak ini adalah bala dari Allah akibat perbuatan keji yang dilakukan secara terang-terangan oleh manusia.
Hadis Nabi Muhammad S.A.W bermaksud " Sekiranya berlaku suatu perbuatan keji (faahshah) di suatu tempat atau negeri, yang dilakukan secara terang-terangan, maka Allah akan mencampakkan penyakit itu secara meluas yang kaum-kaum sebelum mereka tidak pernah mengenali penyakit itu" hadis riwayah Ibnu Majah dan Al Bazzaz.
Firman Allah dalam Surah al-Ahqaaf ayat 27 yang bermaksud ".....dan sesungguhnya kami balakan negeri-negeri sekitar kamu dan kami tinggalkan kesan-kesannya sebagai bukti yang jelas kebesaran kami supaya kamu segera kembali bertaubat kepada kami".
Firman Allah dalam surah al-An'am ayat 42-45 , "seandainya apabila turunnya bala kami ke atas mereka lalu segera mereka melutut kepada kami, bergunalah kami. Akan tetapi, malangnya hati mereka sangat keras kerana sentiasa ditipu oleh syaitan dengan menggambarkan seolah-olah mereka sudah begitu baik. Maka apabila mereka lupa apa yang diperingatkan itu, Allah beri kesempatan kepada mereka untuk bergembira seketika dengan nikmat yang melimpah ruah lalu tiba-tiba kami turunkan secara mengejut bencana kami, maka mereka menerima kesengseraan yang berpanjangan. Demikian balasan Allah kepada orang-orang zalim dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam.
Hadis Rasulullah S.A.W, Ummu Salamah R.A berkata "Aku mendengar Rasulullah bersabda apabila kemaksiatan dilakukan berterang-terangan di kalangan umat manusia maka Allah akan menurunkan bala besar ke atas mereka secara menyeluruh" Kemudian aku bertanya lagi "Ya Rasulullah, apakah ketika itu tiada umatmu yang baik?" Rasulullah menjawab; "Ya memang ada". "Aku bertanya lagi "Apa terjadi dengan mereka?" Rasulullah menjawab " mereka juga akan terkena apa yang manusia kena. Kalau mereka mati ketika itu Allah akan meredhai mereka" Hadis riwayat Ah-mad bin Hambal (Hadis Sahih).

Comments

Kita juga harus jaga diri untuk coba elak serta jauhi dari terkena wabak itu.

Cadangkan untuk guna topeng tapis kuman kalau pergi ke tempat-tempat orang ramai .
Misal nya ke sekolah , tempat beli belah , masjid , pesta dan perbagai.
Ibu bapa perlu waspada kepada kesihatan keluarga , rakan kerja juga harus ambil tahu kesihatan rakan kerja yang lain.

Pihak Pas , Dap serta PKR bolih main peranan untuk ingati orang ramai tentang cara cara hindar wabak tersebut .

Dalam hati saya, saya berharap ada wabak yang akan serang orang-orang yang makan rasuah.Kalau ada wabak sedemikian. Dah pasti 99% ahli bn dan pihak polis masok jahanam.
Anonymous said…
pertama2 nya kerja2 amal ma'ruf nahi mungkar itu adalah wajib.
berapa bnyk maksiat yg berlaku kini tapi pihak berkuasa tak boleh diharap utk mencegahnya, malah sesetengah kes ianya jelas angkara pihak berkuasa juga. contohnya pesta2 hiburan yang dianjurkan dan diberi kelulusan oleh mereka, disko2 dan pusat2 hiburan yg confirm sebagai sarang maksiat dan dadah dan pelacuran...apasal tak tutup saja???masih beri lesen lagi...kurang ajar namanya tu....
maka rakyat lah yang mesti bangkit utk melakukan amal ma'ruf nahi mungkar....wajib bertambah wajib dan berkali2 wajib !!!

Sayugia juga di syorkan pada mereka yg dihinggapi selsema, jgn ambil risiko dgn membiarkan sahaj. pergi dptkanrawatan. Pastikan juga anda mengambil madu,minyak zaiton dara dan minyak kelapa dara sebagai antibiotik, makan tiga empat sudu sehari mana2 bahan tersebut, kalau dapat tiga2 sekali lagi bagus.
Madu, mnyk zaitun dan kelapa dara adalah antibakteria, anti virus dan anti fungus, malah punya banyak mineral, vitamin dan lain2 utk badan.
Madu dan zaitun juga adalah bahan2 yg diberkati Allah S.W.T.