CALON PMTG PASIR : SALLEH MAN ATAU MAT SABU

PAS dan Pakatan Rakyat akan menamakan calonnya di lama lagi kemungkinan selepas 10 Ogos sebaik sahaja SPR membuat pengumuman tarikh penamaan calon dan pengundian bagi Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir.
Persoalannya siapa calon yang akan dipilih oleh PAS. Ada 2 calon yang disebut-sebut sedang dipertimbangkan untuk membawa bendera PAS kali ini. Antaranya ialah Pesuruhjaya PAS dan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Pulau Pinang iaitu Ustaz Salleh Man dan Mohamad Sabu.
Kedua-duanya merupakan pimpinan yang amat dikenali di kalangan rakyat Permatang Pasir.
Saya yakin sesiapa sahaja yang dipilih tetap akan mendapat sokongan padu dari pengundi di Permatang Pasir.
BN sudah pasti akan menghadapi tugas amat rumit untuk merampas kerusi ini yang dimenangi oleh Allahyarham Dato Hamdan Abdul Rahman sejak Pilihanraya 1999. Dalam pilihanraya umum 2008 Allahyarham menang bergaya mengalahkan calon BN Ahmad Shahar Shuib dengan majoriti melebihi 5,000 undi.

Comments