BUKAN 1MALAYSIA TETAPI MALAYSIA BOLEH


Kalau betul Perdana Menteri mahu amalkan konsep 1Malaysia saya yakin tidak akan terjadi peristiwa hitam 1 Ogos lalu di mana rakyat dibelasah, dizalimi dan ditangkap sesuka hati. Tidak kira kanak-kanak, remaja, warga emas, wanita dan sebagainya semua dizalimi dengan semburan gas pemedih mata, air kimia dan ada yang dibelasah dengan belantan.

Ada pula yang digari secara kasar, dihenyak ke tanah dan simen. Adakah ini yang dimahukan oleh 1Malaysia yang tidak mengenal peri kemanusiaan.


Apakah konsep 1Malaysia yang dicanangkan menghalalkan tangkapan membabi buta dengan 589 orang ditangkap. Sesetengah belumpun sempat berhimpun. Malah ada yang ditangkap di Melaka.

Bagi saya konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkan lebih elok ditukar kepada konsep lama iaitu Malaysia Boleh yang membawa erti kerajaan BN boleh melakukan apa sahaja asalkan kuasa mereka diganggu gugat.

Tahan rakyat di bawah ISA, bunuh rakyat seperti di Memali, roboh rumah rakyat seperti di RTB Bujal Terengganu, rampas royalti minyak seperti Terengganu & Kelantan; hapuskan bantuan kepada SAR; perkenalkan PPSMI tanpa kajian terperinci; naikkan harga minyak; biarkan harga barang melambung; naikkan tarif elektrik; hapuskan biasiswa; hapuskan tulisan jawi, biarkan tahanan mati tanpa siasatan; diskriminasi terhadap rakyat dan kerajaan negeri; biarkan rasuah berleluasa dan sebagainya.

Saya cadangkan kerajaan BN tukarkan konsep 1Malaysia kepada MALAYSIA BOLEH. Boleh serba serbi.

Comments

BUJANG SUSAH said…
biasa laa.. PRDM... Polis Raja Di Malaysia..