BOLASEPAK : BANGGA DUDUK NO 152 DI DUNIA?

Malaysia memang 'hebat' dalam arena bolasepak. Sekarang ini kita menduduki kedudukan ke 152 dalam raking FIFA. Hebat ke????? Mungkin kanak-kanak PASTI pun tahu jawapannya.
Mengapa begitu teruk sekali kedudukan kita?
Sehari dua ini Malaysia menunjukkan sedikit peningkatan. Tidak sampai empat bulan selepas diamanah mengendalikan skuad kebangsaan, K. Rajagobal membuktikan sentuhannya memiliki bisa tersendiri apabila berjaya menaikkan ranking dunia skuad kebangsaan sebanyak lima anak tangga kepada kedudukan ke-152 untuk bulan ini.

Ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dikeluarkan, semalam menyaksikan kedudukan terbaru itu menyamai kedudukan pada 2006.

Peningkatan lima anak tangga itu melonjakkan kedudukan kita berbanding tempat ke-157 bulan lalu, ke-159 pada Jun.

Ranking paling rendah Malaysia tahun ini ialah di tempat ke-163 pada Mei.

Kedudukan terendah dalam sejarah bola sepak tanah air ialah ke-170 pada April 2008.
Di harapkan selepas ini Malaysia terus melonjak lagi ke ranking yang jauh lebih baik kalaupun tidak setanding dengan Iran, Korea Selatan, Jepun dan Arab Saudi tetapi sekurang-kurangnya setaraf dengan Thailand, Indonesia maupun Singapura.
Komitmen Jurulatih, pemain, pegawai dan penyokong sangat dituntut bagi mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak Malaysia yang pernah layak ke Sukan Olimpik dan menduduki ranking 10 terbaik di Asia.

Comments

Anonymous said…
kira hebatlah tu
mekjah said…
salam, bengug apa no.152 bangga..FAM perabis duit rakyat jerr...
Anonymous said…
HEHE..ORG PAS DAH KETANDUSAN ISU...PASAL BOLA PUN BOLEH HANTAM KERAJAAN...APA PUNYA PEMIKIRAN LA KORANG NI...MEKJAH...APA BUKTI FAM PERBIS DUIT RAKYAT....KO ADE BUKTI KE?...KALO CAKAP JE...LEBIH BAIK KO DIAM JELA...NANTI LAGI TESERLAH BODOH SOMBONG KO TU...