BN KETANDUSAN ISU SERANG MEMBABI BUTA

Umno/BN ketiadaan isu untuk mengalahkan PAS/PR di Permatang Pasir. Mereka menyerang PR membabi buta tanpa memikirkan samada isu tersebut benar atau tidak. Malah lebih teruk lagi mereka memfitnah bukan sahaja Ustaz Salleh Man calon Permatang Pasir malah Mursyidul Am PAS juga menjadi sasaran mereka.

Umno/BN menjadi seperti cacing kepanasan akibat kesilapan mereka memilih calon yang sangat bermasalah. Akibat kebodohan mereka sendiri akhirnya Umno/BN menjadi tidak keruan dan hilang focus.

Isu perkauman yang cuba mereka mainkan akhirnya memakan diri lantaran keberanian PR menggagaskan politik baru yang tidak membeza kaum dan agama. Gagasan politik baru ini akhirnya diterima oleh majority rakyat yang menyebabkan Umno/BN dilihat sebagai partoi lapuk dan ‘expired’ yang ketinggalan zaman.

BN cuba menonjolkan diri mereka sebagai juara orang Melayu dengan mengapi-apikan semangat melayu akhirnya memakan diri dan menambahkan lagi kebencian pengundi Cina dan India.

Mereka cuba pula meraih simpati dari pengundi Cina dengan menyerang Tuan Guru Nik Aziz habis-habisan dengan memainkan isu sokong PAS masuk syurga sedangkan ianya hanyalah fitnah Umno. PAS mencabar Umno/BN supaya menyiarkan sepenuhnya ucapan Tuan Guru agar rakyat benar-benar faham akan isu ini. Malah isu ini sebenarnya isu lapuk yang sering di’recycle’ oleh Umno pada setiap kali Pilihanraya umum dan kecil.

Hasrat Umno/BN untuk memburuk-burukkan calon PAS yang kononnya meng’songlap’kan duit PAS Negeri akhirnya mudah dipatahkan kerana jumlah RM600,000 yang dikatakan digelapkan oleh Ustaz Salleh Man memang tidak masuk akal. Malah Zulkifli Mat Lazim dan Dr Mujahid yang dikatakan menuduh Ustaz Salleh Man menggelapkan duit tersebut tampil membuat laporan Polis menafikan tuduhan tersebut dan mencabar si penuduh membuktikan tuduhan itu.

Akhirnya Umno/BN terus berada dalam keadaan yang amat defensive sehingga ke hari pengundian dan akhirnya mengaku kalah sebelum hari mengundi lagi.

Comments

Anonymous said…
bukan isu saja kitar semula parti sendiri pun sudah kitar semula!!!!
Budak si KJ pulak tuduh Pas ada pengundi hantu beribu-ribu.
KJ ialah orang umno, umno ialah bapak kepada SuruhanJaya Undi.
Pecatlah mangkuk SuruhanJaya Undi itu.
Tuan empunya SuruhanJaya Undi ialah umno dan bukan nya Pas.

Dulu mintak Pas kerjasama dengan umno atas alasan Melayu ...tak jadi
Mintak pulak Pas kerjasama dengan umno dengan alasan agama....Tok Guru kata umno bolih pergi jahaman sendiri.
Sekarang umno bidas Pas sebab kerjasama dengan DAP...tak jadi
Umno pulak bidas DAP kerana kerjasama dengan PAS...pon tak jadi

Sekarang KJ pulak mintak Penang berikan tempat exco kepada PAS.
KJ lupa bahawa dia sendiri ialah kepala pemuda umnotanpa kedudukan dalam kabinet.

Bukan semua rakyat bodoh.Kita nampak apa yang berlaku.
Yang baik kita ikut , yang burok kita tinggalkan.
Fatimah Zuhri said…
LOL Funny

You tell that Mahfuz fella if you want to put fingers towards rohaizat make sure you look yourself in the mirror.

Anak sendiri JUAL dan EDAR dadah ada hati nak pecah belahkan rumahtangga orang..isk isk isk
Hari Ini 25 hb Ogos.
umno akan 'menang' makan pasir.
Anonymous said…
ISLAM sama ISLAM begaduh..orang lain tepuk tangan..inilah ciri ISLAM kat mana-manapun..apakah sebagai umat ISLAM kita tak ada maruah..MARUAH ISLAM, kita sendiri yang pijak, ludah dan kencing..siapa kepalanya..orang macam sofi wahab ni..kerana apa..menggunakan kelebihan yang ada untuk mengadu domba ummat..KAFIRUN ketawa berdekah-dekah..tak payah bekal senjata..sesama MUSLIM bertegang urat walaupun pada bulan penuh kemuliaan ini..cuba fikir guna akal, dalam sembahyang ada satu imam, bila salah baca, ada yang membetulkannya dengan cara yang cukup beradab..yang membetulkannya itu, sudah tentu mahir dengan bacaan Al Quran, tidak pula dia menjerit atau sepak imam bagi betulkan bacaan tadi..fikirlah dengan akal tentang perkara ini