BANTAHAN PPSMI MESTI DITERUSKAN

Saya menyambut baik langkah yang diambil oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI yang ingin memperhebatkan kempen memansuhkan dasar tersebut.
Bantahan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris PPSMI mesti diteruskan kerana kerajaan belum menghapuskan dasar tersebut. Ianya hanya akan ditamatkan pada tahun 2012.
Setelah kerajaan bermain wayang dengan mengumumkan penamatan PPSMI beberapa bulan ramai diantara kita yang tidak perasan bahawa dasar tersebut terus bertapak selama 3 tahun lagi dan sudah tentu ia akan memangsakan lebih ramai pelajar dalam masa tersebut.
Alasan kerajaan melanjutkan tempoh penamatan sehingga tahun 2012 adalah tidak masuk akal dan tidak munasabah. Alasan seperti isu teknikal, penyediaan buku teks yang diberikan kerajaan jelas tidak logik dan tidak dapat diterima.
Semasa ianya dilaksanakan dulu ia hanya mengambil masa 6 bulan sahaja untuk diterimapakai, mengapa sekarang kerajaan memberikan alasan yang tidak logik ini.

Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) mesti mengambil langkah seterusnya bagi menyedarkan kerajaan dan rakyat bahawa dasar ini adalah dasar yang zalim dan menjadikan murid-murid kita mangsa.

Comments

Anonymous said…
Buat la demo lagik ... lepas tu kena saman ... kang tinggal spender je baru padan