ADUN KOTA SEPUTEH & LUNAS MESTI LETAK JAWATAN

Dua orang Wakil Rakyat di Kedah iaitu ADUN Kota Seputeh dan ADUN Lunas wajar meletakkan jawatan jika mereka berdua benar-benar bermaruah.
Mereka berdua telah melakukan kesalahan dari segi perlembagaan negeri dan integriti seseorang calon.
ADUN Kota Seputeh, Abu Hassan Sharif seolah-olah tidak berminat untuk meneruskan tugasnya sehingga tanggungjawab asasinya sebagai Wakil Rakyat iaitu menghadiri sidang DUN diabaikan oleh beliau begitu sahaja tanpa sebarang makluman. Jelas sekali beliau telah mensia-sia harapan rakyat di Kota Seputeh dan lebih bayar dari itu beliau telah melanggar perlembagaan negeri. Dari itu jelas sekali beliau wajar meletakkan jawatan sebagai ADUN.
ADUN Lunas, Md Razhi Salleh juga mesti meletakkan jawatan kerana kemenangannya pada PRU 2008 adalah disebabkan rakyat mahukan PKR bukannya kerana batang tubuhnya. Kemenangan beliau adalah kerana beliau bertanding atas tiket PKR. Oleh itu apabila beliau keluar dari PKR maka sewajibnya beliau meletakkan jawatan kerana rakyat mahukan wakil rakyat dari PKR bukan bebas atau BN.
Tidak syak lagi kedua-dua ini wajar melepaskan jawatan masing-masing jika mereka masih ada harga diri.

Comments

Anonymous said…
dua ekor yang jdi calon bebas sekarang kenynang dengan sumpahan rakyat hari2. tak lama kita lihat 2 ekor ni blh selamat atau tidak. kalau dah kene sumpah dari beribu rakyat. dua ekor manusia sial ni dah sia2 kan harapan rakyat.
Mereka berdua tak akan letak jawatan Adun.
Sebab dah jual jawatan kepada bn secara borong.
Bersama dengan 3 ekor dari perak.
Anonymous said…
Muka tak tau malu. Satu kesilapan besar bg pr kerana meletakkan calon orng semacam ini. Tak ada maruah tak ada harga diri. rakyat mahu kn pr bukan muka tak malu ni. dngar citer ramai orang meludah bila bertemu dgn dua calon bebas ni. Lepas puasa nanti ramai lagi yang akan meludah ke muka dua ekor berok ni
Anonymous said…
Satu pengajaran berguna buat PKR agar lebih bijak memilih dan menilai bakal calon mereka dalam PRU ke13 nanti..jangan nanti tersalah pilih,maka terpilihlah si Melayu Bangsat seperti yang ada sekarang ini..