Setelah sekian lama tidak membuat kenyataan berbisa, hari ini bekas Perdana Menteru Abdullah Badawi (Pak Lah) bersuara menyentuh isu ISA.
Kenyataannya positif dan tidak pernah beliau berkata begitu sewaktu berada di 'takhta'.
Pak Lah berkata sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untukmelangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.
Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.
"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik."
Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya seperti dilaporkan.
Baguslah Pak Lah kalau sudah mula sedar bertapa berdosanya tangan beliau menandatangani dokumen penahanan berpuluh-puluh tahanan ISA yang tidak berdosa. Malah sehingga kini 'air tangan' beliau masih merengkok di Penjara Kamunting tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan di Mahkamah.
Saya mencadangkan kepada Pak Lah supaya menggesa, merayu atau meminta Najib supaya membebaskan semua tahanan ISA yang ada sekarang atau sekurang-kurang mereka dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.
Selepas itu Pak Lah mesti memohon maaf kepada semua tahanan ISA dan keluarga mereka diatas kezaliman yang beliau lakukan.
Comments
Apa yang saya nampak, pemansuhan ISA yang diwawarkan lebih bersifat kepentingan politik bukannya bersifat kepentingan negara. Yang perlu dipertekankan sepatutnya adalah keharmonian, kesejahteraan, kestabilan dan pembangunan. Masaalah rumah2 terbengkalai dan pemaju-pemaju yang banyak melakukan penipuan terhadap pembeli2 – apakah mahkamah dan kerajaan telah dapat membendung penyangak-penyangak tersebut dengan Akta Perumahan? Kanun Keseksaan ataupun Undang2 Rasuah? Ini baru hal kesejahteraan rakyat belum lagi keselamatan negara!
Orang-orang yang menyalahgunakan ISA yang perlu diambil tindakan bukannya undang2 itu. Dan mereka-mereka yang tidak menggunakan ISA dalam keadaan sepatutnya juga sebenarnya telah juga bertindak mengancam keselamatan negara dan perlu diambil tindakan.
Ramai tentera dan polis persik mati tanpa anak-isterinya dibela dalam usaha mereka merisik demi keselamatan negara. Perbuatan-perbuatan underworld, mafia dan kumpulan gelap yang melacurkan perempuan-perempuan, pengedaran dadah, peras ugut, ahlong dan perbuatan maksiat-maksiat yang lain, pengganas-pengganas yang kita ketahui dan tidak diketahui, apakah kamu bersedia menjadi saksi terhadap mereka itu dimahkamah? Apakah kamu bersedia menjadi perisik (dengan berpura-pura menjadi kawan baik mereka) terhadap perbuatan penyangak2 tersebut? Apakah mekanisme dan cara negara merisik tindakan overt dan covert musuhnya perlu didedahkan? Dalam rumahtangga pun ada rahsia, dalam perniagaan pun ada rahsia, inikan pula negara.
Fikir masak2 dan jangan terlalu mengikut perasaan.
Dr Abdul Rani Bin Kamarudin