TAKZIAH : 'BERUK ALI' RUSTAM 'MENINGGAL'

Saya mengucapkan takziah kepada Ketua Menteri kerana 'beruk' beliau bernama Mek Wook 'meninggal dunia' semalam. Kematiannya menimbulkan tanda tanya mengapa 'beruk' tersebut mati sedangkan sebelumnya beliau sihat.

Mungkin Mek Wook ini menghadapi tekanan perasan seperti yang dilaporkan sahabat saya blogger angkasanuri.


Mengapa Mek Wook menghadapi tekanan perasan. Saya rasa beliau sedih kerana dipindahkan ke tempat baru yang berketuakan Ketua Menteri yang terbukti melakukan rasuah. Mek Wook juga mungkin faham bahawa rasuah itu jijik dan haram. Oleh kerana tidak sanggup bertuankan pemimpin rasuah maka lebih baik dia mati.

Blogger angkasanuri melaporkan bahawa Mek Wook tiga hari lepas 'diimport' oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk mempromosikan produk pertanian di negeri Melaka. Mek Wook dibawa khas dari tuannya di Terangganu sebagai usaha kerajaan negeri Melaka untuk menunjukkan kepandaian beruk memetik dan mengupas kepala kepada pelancong dan pengunjung di Melaka.

Mek Wook ditambat di belakang kediaman rasmi ketMohd. Ali. Malangnya beruk berkenaan ditemui mati semalam.

Gambar : ihsan angkasanuri.

Comments

Anonymous said…
hina sangat ke dar tu dimata orang pas seperti awak sampaikan beruk yang mati tu pun nak dihebohkan.mana islamnya awak orang pas nak samakan berok dng manusia.banyakan lah muhasabah diri.melaka telah maju sejak dar memimpin negri ini dari 2000.apa kerja pas.nak kutuk dan hina antara islam sahaja bukan nak bersama memajukan negeri dan melayu.fikirlah apa yang dah pas buat bukan nak kutuk apa yang umno melaka dah buat melalui kepimpinan dar.
Anonymous said…
melaka maju bawah DAR..?? biar benar saudara anon 20:02.....

bagi kat Pakatan Rakyat lak try memerintah Melaka...mesti lagi maju ngan bertambah berkat...
SambalBilis said…
PAS tidak memandang hina kepada manusia lain....tetapi orang itu yang membuatkan dia dipandang hina.
Apabila dia telah melanggar hukum serta larangan Islam seperti melakukan RASUAH maka dengan sendirinya hinalah jadinya orang itu.
Islam telah menggariskan panduan dalam hidup ini,apalagi yg melibatkan urustadbir sebuah kerajaan,yg diamanahkan oleh rakyat(pengundi BN sja).
Dalam hal ini Ali Rustam disahkan secara jelas telah melakukan RASUAH.Apakah kamu tetap mempertahankan si perasuah ini.Jika ya,maka kamu sebenarnya telah melawan hukum Allah.Allah sedikit pun tdk rugi atas sebarang tindakan makhluknya,sebaliknya yg rugi adalah manusia itu sendiri.
PAS adalah wadah utk menegakkan ISlam
Ada mengerti kaa...
masuh asum said…
anon 21:49 dengan sambalbilis ni memang dungu. bahasa baik drp bahlol n dangkal. sah, penyokong pas takde keje dan jahil dalam semua bidang. ibarat pemimpin kalau dah dinamakan pengamal ajaran yahudi, ahli n penyokong pas pun yahudi jugak. Nik ajis??? sama la jugakk... hahahaha