SURUHANJAYA DIRAJA HANYA MELEPASKAN BATUK DITANGGA

Suruhanjaya Diraja yang dibentuk oleh kerajaan berkenaan kes kematian Teo Beng Hock hanyalah melepaskan batuk ditangga kerana ianya tidak mencakupi bidang yang luas dan penting.
Suruhanjaya diraja yang dibentuk hanya untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Julai hingga awal pagi esoknya. Ianya bukan untuk menyiasat punca kematian Teo yang sepatutnya menjadi asas dan perkara paling yang mesti disiasat oleh Suruhanjaya ini.
Kerajaan nampaknya cuba berselindung dari isu sebenar dengan menubuhkan suruhanjaya yang bidang kuasanya tidak meliputi perkara penting iaitu punca kematian Teo, adakah ianya melibatkan kes jenayah dan siapa yang terlibat dengan kematian itu (jika ada).
Rakyat seharusnya tidak terkeliru dengan penubuhan Suruhanjaya ini yang dilihat lari dari matlamat asal yang rakyat dan keluarga Teo mahukan.
Kerajaan mesti merombak dan meminda bidang kuasa Suruhanjaya ini supaya ianya benar-benar dapat menegakkan keadilan.
Semalam Najib Razak mengumumkan dalam satu sidang media khas di pejabat perdana menteri di Putrajaya bahawa langkah berikut diambil bagi menangani isu kematian Teo Beng Hock :
Pertama, Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan tersebut, yang sedang berjalan, akan diumumkan.
Dua, satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.
Tiga, menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Julai hingga awal pagi esoknya.

Comments

qomar said…
Sampai bilalah diorangni akan sedar hidupni tak lama, apakah mereka tak terfikir takkan menongkat langit.
Anonymous said…
hari tu mintak suruhanjaya ... pastu kata tak nak pulak...
tah ape-ape ... bengong tak sudah22222
nomakie said…
bile dah tubuh, mcm2 la pulak. org pas ni kenan org zaman jahiliyah btul la.
Anonymous said…
Suruhanjaya Diraja semata-mata nak siasat kes orang mati bunuh diri? kenapa tak tubuh suruhanjya diraja siasat kes rasuah DAP sampai Cina tu sanggup bunuh diri?

Pelik tul Nizar sanggup nyala lilin untuk orang mati bunuh diri? dalam islam kalau mati bunuh diri tempat nyer di mana ya? Ooo mungkin sebab nak bagi cahaya kat cina tu kot...