Orang bercerita pasal KPI dia juga hendak bercerita pasal KPI. Orang dah ada KPI dia masih terkial-kial memikirkan KPI.
Paling melucukan KPI belum diketahui Perdana Menteri sudah mengumumkan bahawa perkhidmatan menteri-menterinya memuaskan mencapai KPI. Ini satu penipuan besar kepada rakyat. Jangan fikir rakyat bodoh dan bangang untuk memahami tentang KPI ini. Rakyat sekarang sudah cerdik dan matang.
Semalama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri KPI bercakap pasal KPI kerajaan OneMalaysia.
Najib berkata beliau berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh menteri-menteri Kabinet untuk mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang merupakan satu transformasi kepada perkhidmatan kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (KPI), Dr. Koh Tsu Koon memberitahu, Perdana Menteri juga akan mengumumkan mengenai beberapa inisiatif yang akan dilaksanakan berhubung KPI memandangkan setiap kementerian mempunyai bidang keutamaan yang berlainan.
''Ada kementerian yang lebih cepat untuk dinilai dan ada kementerian yang sukar dinilai kerana bidang berbeza.
''Kami akan cuba mengenal pasti bidang utama bagi menetapkan KPI dan Perdana Menteri akan mengumumkannya tidak lama lagi," katanya.
Dari kenyataan Koh Tsu Kon tersebut ternyata KPI masih belum jelas dan masih diperingkat penilaian dan kajian. Maknanya sudah setahun lebih memerintah KPI pun tak boleh disetkan lagi. Lembap dan memalukan. Saya yakin semua ini adalah kerana mereka sedang memikirkan bagaimana untuk menetapkan KPI yang paling rendah supaya menteri mudah mencapainya dan juga membolehkan rakyat ditipu dan dikelirukan.
Comments