Kepada anda yang ingin menyertai Himpunan Aman Mansuhkan ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) diharapkan dapat menyediakan kelengkapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Sebagaimana pengalaman kita dalam siri himpunan aman sebelum ini, beberapa kejadian yang tidak diingini mungkin berlaku akibat provokasi pihak-pihak tertentu yang mengganggu himpunan aman seperti ini.
Dari itu bersedialah anda dengan kelengkapan di bawah :-
1) Jangan lupa bawa handset yang telah di'charge' dengan penuh
2) Bawa kain serban, kain hujan dan sebagainya untuk menutup muka dari terkena asap-asap atau air yang diundang
3) Bawa cermin mata (kalau boleh safety glass) untuk melindungi mata dari asap-asap dan air-air yang tidak diundang.
4) Bawa baju hujan atau payung. Sekarang ini musim hujan dan musim orang suka sedekah asap dan air berubat yang mahal.
5) Bawa garam untuk dimakan ketika 'lapar' akibat tertelan gas 'oksigen' yang tidak diundang.
6) Bawa air mineral 5 atau 6 botol untuk mencuci muka dan minum ketika termakan dan terkena gas dan air yang tidak diundang.
7) Seelok-eloknya pakai kasut dan seluar track suit untuk berjoging ketika disembur dengan air dan gas yang tidak diundang.
8) Pakai baju berlengan panjang/jaket untuk mengelakkan gatal dan rasa 'enak' terkena air dan gas yang tidak diundang.
9) Seelok-elok datang dengan seorang atau 2 kawan mana tahu nanti kalau jatuh akibat kenyang makan gas boleh juga kawan tolong papahkan.
dan lain-lain.................Selamat Menghidu Gas dan Mandi dengan Air berubat yang TIDAK DIUNDANG.
Comments
Kuala Lumpur-Mufti dan para tukang ulamak dari pihak umnoputar kelas F kontrektor dan sub-con hari ini keluarkan satu fatwa bahawa adalah haram untuk umat islam untuk sertai demo- demo yang akan timbulkan huru dan hara.
*
Baik ponya fatwa , tapi kalau demo -demo yang tak cetuskan huru dan hara , macham mana pulak? kira halal lah?
Kalau ikut fatwa sedemikian, maka tak patut lah orang Islam buat demo lawan Israel lagi ke?
http://tukartiub.blogspot.com/2009/07/ter-kini-gempaq-baru-fatwa-mahu-keluar.html
...Rezeki dari ALLAH bukan dari PAS-PKR-DAP.
Bergantunglah penetapan dari ALLAH..bukan pada manusia.
Minta mufti keluarkan fatwa 'tahan orang tanpa bicara'
dulu.
Niatkan semata-mata mencari keredhaan ILLAHI dalam menentang kezaliman.
INSYAALLAH ..KITA JUMPA DISANA...
SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN.
ALLAH BERSAMA KEBENARAN
apalah nak jadik korang melayu nie.....berdemo2...yg rugi melayu, yg suka dan untung org bkn melayu.....x sedar2 ker org melayu?
Tak payahlah berdemo demo ujung sabtu duduk di rumah atau pergi riadah ker.. kan lebih baik dan bagus.
Malaysia dah cukup aman dan Damai kita je yg cari penyakit nak berDemo tak tentu pasal..
Gunakan lah masa kedamaian ini utk kerja-kerja ibadat yg di rahmati Allah.