PRK MANEK URAI : UMNO/BN MASIH AMALKAN POLITIK CARA TAHUN 60-AN

Walaupun kita sudah berada di abad ke 21 dan di era tahun 2000 namun Umno/BN masih mengamalkan cara politik lama iaitu menjadi pembangunan, janji, rasuah, ugut dan penipuan sebagai cara mereka berkempen.
Umno/BN masih merasakan bahawa rakyat mudah ditipu dan dikelirukan. Mereka lupa bahawa rakyat sudah cerdik, mudah mendapat maklumat dan matang cara berfikirannya.
Rakyat bukan lagi hanya memikirkan masa depan mereka malah mereka berpandangan jauh sehingga memikirkan masa depan anak cucu, cicit dan hari kiamat bukannya setakat 14 Julai, 2020 atau 50 tahun akan datang sahaja.
Sebab itulah apabila pemimpin Umno menjaja ke sana ke mari tentang pembangunan rakyat Manek Urai hanya memandangnya sinis kerana mereka tahu semua itu adalah tanggungjawab kerajaan samada pusat atau negeri.
Pusat tidak boleh menuding jari kepada negeri dan negeri tidak boleh menyalahkan pusat. Masing-masing mempunyai tanggungjawab masing-masing menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Saya tidak hairan jika BN akan sekali lagi di'tipu' oleh rakyat dengan menolak mereka walaupun pelbagai projek 'mee segera', bantuan segera, duit segera dan segala-galanya segera diberikan kepada pengundi Manek Urai. Ini kerana pengundi di sana sudah faham dan masak dengan perangai Umno/BN.
Penghinaan Menteri Wanita, Shahrizat Jalil kepada Manek Urai kononnya ketinggalan jauh dari segi pembangunan sudah tentu mengguris hati pengundi. Dhaif dan mundur sangat ke Manek Urai jika dibandingkan dengan pendalaman Sabah dan Sarawak atau kampung-kampung di pedalaman Terengganu, Pahang, Johor hatta Melaka.
Menteri Miti pula, Stopa Mamat menyerahkan ratusan malah ribuan beg sekolah kepada murid-murid sekolah di Manek Urai. Apakah itu yang murid-murid ini mahukan? Sebenarnya murid-murid ini mahukan pelajaran percuma, pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dikembalikan kepada Bahasa Malaysia. Murid-murid juga sebuah sistem pendidikan yang unggul bukannya sistem yang semata-mata berorientasikan peperiksaan dan keduniaan yang akhirnya melahirkan pelajar-pelajar rosak akhlaq, tidak menghormati ibubapa dan guru-guru. Itu yang murid dan ibubapa mereka mahu bukannya beg sekolah.
Jelas sekali pemikiran pemimpin Umno/BN masih kolot dan tidak bertamadun. Insya Allah mereka ini akan dihukum oleh rakyat Manek Urai pada 14 Julai ini.

Comments

Anonymous said…
susah bercakap dgn org begini....
ditegor tak terima,itu adalah kenyataan tetapi sengaja tak mahu
menerimanya..nilah yg susah bercakap dgn orang yg tak mahu keluar dari kepompongnya.
Buatlah pembandingan,buatlah analisa orang KELANTAN yg maseh dudok DIKELANTAN dgn yg dudok diluar sana.Tak habisx kata nak menegakkan HUKUM ISLAM...Islam yg bagaimana!!Islam untok dunia saja atau Islam untok dunia dan akhirat..selama ini diKELANTAN pun tidak menunjukkan sinar Islam sebenarnya..bagaimana untok mengislamkan seluroh malaysia.Perbetulkan diri sendiri barulah membetulkan orang lain.
Anonymous said…
Dasar nasionalis kapitalism yang dibawa oleh umno semenjak tahun 1946 ini menjadikan harta sebagai ganjaran untuk memperolehi sesuatu. Pembangunan tidak akan selesai sehingga kiamat, kerana pembangunan dijadikan umpan untuk berkuasa.Biar pembangunan insan roboh jangan roboh pembangunan material. Biar mati anak jangan mati adat.