Terbukti Umno/BN memang berseteru dengan rakyat. Tidak cukup Umno/BN mendera rakyat dengan kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga minyak, Umno juga mendera rakyat Kelantan dengan pelbagai tekanan sebagai melambat-lambat bantuan perka pita, memberhentikan bantuan SAR, tidak menyalurkan wang royalti dan pelbagai lagi bantuan dari kerajaan pusat yang tidak diterima oleh mereka.
Kini Umno/BN pula berseteru dengan rakyat. Terbaru di Manek Urai mereka memperlekehkan penjual ikan dengan menghina calon PAS, Abe Uji kononnya beliau hanya seorang penjual ikan tidak layak bergelar ADUN sedangkan calonnya berkelulusan tinggi.
Jawapan kepada penghinaan itu, penjual-penjual ikan di Manek Urai akan mengadakan mengadakan perhimpunan Jumaat ini untuk membantah tindakan Umno yang didakwa telah memperlekehkan profesyen mereka.Mereka mendakwa, Umno dalam ceramahnya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai, telah perlekehkan profesyen peraih dan peniaga ikan.
Kenyataan yang dianggap memperlekehkan mereka itu, didakwa dibuat oleh ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan dalam ceramahnya malam tadi.Perkara itu dinyatakan oleh penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam satu sidang akhbar pagi tadi.
Comments
mengarut dan terus mengarut