PRK MANEK URAI : TIPU, PITIH DAN UGUT KUNCI KEJAYAAN BN

Tipu, pitih dan ugut jadi senjata bagi BN untuk menang di Manek Urai. Saya setuju benar dengan kenyataan Cikgu Wan Rahim yang mendakwa BN hanya mempunyai 3 senjata tradisional itu untuk menentang PAS.
"Hendak main isu, main strategi dan sebagainya semua tidak jalan" kata sahabat saya sebaik membaca komen Cikgu Wan Rahim.
Pitis BN memang ada, tipu memang sudah menjadi wirid harian BN dan ugut sudah jadi lumrah kerana BN memang ramai samseng kampung Dusun yang pengecut dan penakut sama.
Namun begitu saya yakin pengundi Manek Urai tidak akan termakan dengan 3 senjata tradisional BN itu.
Pitih mungkin mereka ambil tetapi belum tentu mereka mengundi BN.
Penipuan BN saya yakin akan dapat ditangani oleh jentera PAS yang sememangnya kemas, terlatih dan sentiasa berwaspada.
Ugut tidak menjadi masalah bagi penduduk Manek Urai kerana mereka mempunyai samseng 'gedebe' yang lebih hebat dari samseng kampung Dusun BN.
Pendek kata BN putus harap dan ketandusan idea untuk berdepan dengan PAS di Manek Urai. Saya yakin Muhyiddin akan pulang awal 14 Julai ini.

Comments