Pada setiap kali penamaan calon akan ada laporan lucu lagi melucukan yang disiarkan TV 3 (suku) dan RTM.
Saya sengaja menonton Buletin 1.30 tengahari TV 3 (suku) hari ini untuk melihat bagaimana TV3 (suku) melaporkan perjalanan penamaan calon tersebut terutama dari segi bilangan penyokong kedua-dua parti yang hadir mengiringi calon masing-masing.
Nampaknya TV3 suku tetap tidak berubah kebudak-budakan dan tidak bertamadunnya. Tidak melaporkan perkara sebenar. Tidak pula dinyatakan jumlah anggaran penyokong PAS dan BN yang hadir. Sedangkan kebanyakan media internet dan laporan blogger menyatakan bahawa kira-kira 10,000 penyokong PAS dan hanya kira-kira 2,000 penyokong BN yang mengiringi calon-calon masing-masing.
Manakala Pengerusi SPR dalam temubualnya dengan TV3 (suku) turut sama mengikut rentak TV3 (suku) apabila menyatakan kira-kira 10,000 penyokong kedua-dua parti hadir.
Ini berlainan sekali dengan laporan yang dibuat jika penyokong BN lebih ramai dari penyokong PR. Sudah tentu berulang-ulang dilaporkan jumlah penyokong BN lebih ramai dari PR.
Di sinilah kita dapat melihat keikhlasan TV3 suku dan RTM ini. Dalam hal perkara nyata dan terbentang di depan mata pun mereka ingin berbohong. Tidakkah mereka sedar walaupun mereka berbohong tetapi kebenaran akan tetap dapat dilihat kerana sekarang ini dengan peralatan dan perisian yang canggih rakyat dari seluruh dunia dapat melihat proses penamaan calon tersebut secara live dengan menggunakan handphone dan sebagainya.
Jelas sekali mereka amat takut kepada bayang-bayang sendiri sehingga kebenaran sebegini pun hendak mereka tutup.
Comments