Saya menyahut cabaran Muhyiddin supaya membuktikan Umno tidak memperjuangkan Islam. Bagi saya cabaran Muhyiddin itu tidak perlu disahut oleh pemimpin-pemimpin besar cukup sekadar saya sebagai ahli biasa PAS membuktikan Umno memang tidak memperjuangkan Islam.
Di bawah ini saya nyatakan bukti mengapa saya menyatakan Umno tidak memperjuangkan Islam. Tidak perlu saya gunakan dalil dan nas Al Qur'an dan Hadis Nabi kerana Umno sendiri kurang percaya kepada dalil dan nas tersebut sebab itulah banyak suruhan dan larangan Al Qur'an mereka langgar dan ketepikan.
Bukti Umno tidak perjuangkan Islam :-
- Tidak meletakkan Undang-undang Islam sebagai undang-undang di dalam negara kita. Setelah lebih 50 tahun memerintah Umno/BN tidak berusaha ke arah pelaksanaannya secara terancang dan bersungguh-sungguh.
- Perangai dan tingkahlaku pemimpin Umno tidak melambangkan mereka adalah pejuang Islam yang komited kepada Islam. Amalan rasuah berleluasa di dalam Umno, Aurat tidak ditutup, bermewah-mewah, suka membazir dan lain-lain.
- Kerajaan pimpinan Umno zalim dan menindas rakyat - membunuh rakyat di Memali, menghukum rakyat tanpa bicara (ISA - bercanggah dengan Islam) dan lain-lain.
- Islam semakin dikesampingkan dalam sistem pendidikan, muamalat, ekonomi, sosial. Riba berleluasa, maksiat digalakkan, sistem pendidikan menjuruskan kepada duniawi, sekolah agama dimatikan (dihentikan bantuan) dan sebagainya.
- Penyalahgunaan jentera kerajaan (macam harta pusaka keluarga mereka) berleluasa dan menjadi amalan pemimpin Umno. Padahal semua itu adalah amanah Allah. Lihat sahaja bagaimana pemimpin Umno menggunakan jentera kerajaan untuk kempen di Manek Urai.
- Dan banyak lagi.
Saya harap selepas ini tidak perlulah Muhyiddin mencabar PAS untuk membuktikan Umno tidak memperjuangkan Islam. Apa yang pentingkan Najib mesti menerima pelawaan Tok Guru Nik Aziz untuk berdebat.
Comments