Maklumat yang saya terima dari 'Special Branch' saya bahawa kedudukan PAS semakin baik. Rakyat memberi sambutan yang amat baik dan diluar dugaan.
Antara beberapa faktor yang menyebabkan peningkatan ini ialah :-
1) Penghinaan BN kepada calon PAS yang merupakan seorang penjual ikan. Sedangkan rakyat Manek Urai kenal dan amat menghormati Abe Uji sebagai Pemborong Ikan yang berjaya
2) Penghinaan BN kepada rakyat Kelantan dalam isu penafian hak Kelantan untuk mendapat royalti minyak
3) Penghinaan BN kepada rakyat Kelantan dengan tuduhan bahawa Kelantan mundur dan tiada pembangunan sedangkan rakyat dapat melihat kepesatan pembangunan di Kelantan
4) Penafian BN terhadap kerajaan negeri yang berjaya menjalankan program kebajikan seperti Armalah, rumah rakyat, ladang rakyat, takaful kifaalah dan lain-lain
5) Penghinaan BN kepada Tok Guru Menteri Besar sendiri yang disifatkan oleh rakyat sebagai melampau.
6) Kesilapan BN Kelantan memilih calonnya yang tidak mesra rakyat dan tidak turun padang sebelum ini.
7) Penghinaan BN kepada pengundi Manek Urai dengan projek-projek mee segera yang jelas bersifat rasuah.
dan banyak lagi .....................
Comments