PRK MANEK URAI : PAS DAN BN SAH BERENTAP, PENAMAAN RANCAK BERLANGSUNG

Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, menjadi calon pertama menyerahkan kertas pencalonannya kepada SPR pada majlis penamaan calon yang berlangsung sekarang di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra Kuala Kerai.

Beliau menyerahkan kertas pencalonan pada jam 9.00 pagi.

Tidak lama selepas itu calon PAS, Haji Mohd Fauzi Abdullah atau Abe Uji menyerahkan borang pencalonan beliau. Abe Uji diiringi pimpinan utama PAS termasuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Dari pengamatan kami, penyokong-penyokong PAS jauh lebih ramai berbanding penyokong BN.

Comments