PRK MANEK URAI : PAS-BN, SATU LAWAN SATU

Sah, pertandingan satu lawan satu di Manek Urai. PAS vs BN. Tiada calon bebas sebagaimana di Penanti, Kuala Terengganu dan Penanti. Mungkin mereka sudah serik dan BN juga sudah serik menaja calon bebas agaknya.
Kini calon-calon sedang menunggu pengumuman rasmi calon dari Pegawai Pengurus Pilihanraya.
Adalah diharapkan kedua-dua calon dapat bertanding untuk menegakkan demokrasi di negara kita.
Kedua-dua belah pihak kelihatan begitu ceria. Penyokong PAS riuh dengan berselawat, bertakbir, bertahmid dan bernasyid manakala penyokong BN menyanyi dan menjerit-jerit.
Keadaan terkawal kerana kedua-dua pihak diletakkan dalam jarak yang jauh.

Comments