PRK MANEK URAI : MUHYIDDIN AKUI BN MASIH BERADA DI BELAKANG

Dalam temubual semasa proses penamaan calon DUN Manek Urai pagi tadi, Timbalan Presiden Umno mengakui BN masih berada di belakang calon PAS dari segi sokongan.
"Kita akui kita masih berada di belakang, tetapi jarak kita dengan dia semakin hampir, Insya Allah kita akan dapat memintas mereka" itulah lebih kurang ungkapan yang digunakan Pengarah Pilihanraya DUN Manek Urai itu.
Nampak jelas BN amat tertekan sekarang sehingga Muhyiddin sendiri terpaksa mengaku bahawa dari segi sokongan calon PAS Abe Uji lebih jauh lebih kehadapan atau dengan kata lain sedang mendahului BN.
Kenyataan Muhyiddin selaku Pengarah Pilihanraya Kecil BN bagi DUN Manek Urai ini menggambarkan bahawa BN berada dalam keadaan terdesak untuk meraih undi.
Apa yang jelas masyarakat Manek Urai telahpun memberikan 'singnal' secara 'clear' bahawa BN akan ditolak pada 14 Julai.

Petugas PAS dan PR mesti mengekalkan momentum ini sehingga peti undi ditutup, pengiraan dibuat, penjumlahan dibuat dan pemenang diisytiharkan.
Insya Allah Abe Uji akan dijulang pada malam pengisytiharan pemenang pada PRK Manek Urai ini.

Comments

Putra IJ80 said…
Nah...ini masa nya menadah bakul,kain batik,gula ,beras,malah petih $$$$$ berterbagan di kawasan Manek Urai.

Sedikit masa lagi toyol/santaclaus/akan datang dgn wajah yg.berseri seri memberi simpati kepada mereka yg.memerlukan pertolongan.

Ingat kata TGNA bagi gula kacau,bagi kain Batik mug pakai,bagi petih mug tibai ,Undi ..bule sekumor.

he!he!jgn lupa.