PRK MANEK URAI : MARUAH KELANTAN MESTI DIPERTAHANKAN

Pengundi Manek Urai mesti mempertahankan maruah negeri Kelantan dari terus dihina dan dicerca oleh pemimpin BN.
Sejak kempen pilihanraya Manek Urai bermula sebaik sahaja Allahyarham Pak Su Wil meninggal dunia, pemimpin Umno/BN tidak putus-putus menghina Kelantan dan rakyatnya dengan tuduhan Kelantan mundur, miskin, tiada pembangunan dan sebagainya.
Lebih teruk lagi ada yang menuduh Tok Guru tidak pandai memerintah. Macam-macam kata nista dikeluarkan kepada Tok Guru dan kerajaan negeri Kelantan. Bagi saya menghina Tok Guru dan kerajaan negeri adalah sama dengan menghina rakyat Kelantan.

Selain itu Umno/BN juga tidak putus-putus setiap hati menghina dan seolah-olah memandang rendah kepada rakyat Manek Urai dan Kelantan.
Manakan tidak Umno/BN sanggup merasuah rakyat dengan projek mee segera, beg sekolah dan lain-lain. Adakah taraf dan status rakyat Manek Urai sama nilainya seperti projek mee segera dan beg sekolah. Bukankah nilaian maruah manusia tidak boleh dijual beli.
Saya yakin kebongkakan dan kebiadapan BN/Umno ini akan dihukum oleh rakyat Manek Urai kerana Umno/BN telah menghina mereka.
Oleh itu rakyat Manek Urai mesti bangkit secara kolektif dan berjamaah menolak BN pada 14 Julai ini. Mari sama-sama kita kuburkan BN dan talkinkan BN di Manek Urai.

Comments

Anonymous said…
Di Perak Adun PR melompat jadi Bebas didesak letak jawatan. Apa kata desakan yang sama untuk Adun DAP Kedah yang lompat jadi Bebas. apa kata kita pakat sokong bubar dun kedah.kembalikan hak kepada rakyat
pok teh said…
Kelantan ada maruah ke? sejak pas perintah, maruah kelantan langsung drop, tercemar habis.. takde maruah langsung.