PRK MANEK URAI : KEKALAHAN TIPIS BN AKAN DICANANG BERBULAN-BULAN

Saya yakin BN melalui media pengampunya akan mencanangkan kekalahan tipis mereka berbulan-bulan lamanya untuk menggambarkan bahawa sokongan rakyat kepada BN kembali pulih. Keduanya BN akan mendakwa bahawa kejayaan mereka mengurangkan majoriti 1,300 undi kepada 65 undi merupakan isyarat bahawa rakyat telah menerima kepimpinan Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
Semalam ketika mengulas keputusan Pilihanraya Kecil tersebut Taukeh Jambatan, Muhyiddin Yassin berkata kekalahan tipis calon Barisan Nasional (BN) kepada calon Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai hari ini menunjukkan angin perubahan daripada rakyat bertiup kuat.

Timbalan Perdana Menter juga berkata, kejayaan mengurangkan majoriti Pas pada pilihan raya umum lepas yang melebihi 1,200 undi merupakan satu isyarat jelas bahawa rakyat mahukan pembaharuan.

''Saya rasa bersyukur walaupun kita kalah 65 undi. BN berjaya kurangkan majoriti tetapi malangnya kita tidak dapat undi yang boleh meletakkan kita dalam keadaan menang.

''Saya rasa kita tidak harus kecewa kerana keputusan ini menunjukkan ada peningkatan sokongan yang cukup jelas kepada BN," katanya.
Hakikatnya mereka sendiri faham bahawa mereka sebenarnya gagal mempengaruhi majoriti rakyat Manek Urai walaupun segala bala tentera, Polis, Agensi Kerajaan, Media dan wang ringgit bernilai jutaan ringgit digunakan untuk memancing undi. Tidak cukup dengan taburan duit mereka menggunakan jambatan sebagai ugutan dan tawaran supaya rakyat mengundi BN.
Kalau sebelum ini ugutan dan tawaran ini tidak dibuat secara terang-terangan kali ini Taukeh Jambatan ini tanpa rasa malu, segan dan takut menawarkan kepada rakyat dengan kata dua " Undi PAS atau mahu jambatan". Ini suatu perkembangan baru yang cukup memualkan pencinta demokrasi.
Malangnya SPR langsung tidak menunjukkan sikap professional apabila tiada ulasan dan tindakan konkrit dan agresif dilakukan oleh SPR dalam membendung rasuah politik seperti ini.
Saya yakin pemimpin dan penyokong PAS puashati dengan keputusan ini walaupun sedikit kecewa dengan sikap pengundi yang termakan dengan ugutan, tawaran dan rasuah dari BN. Jentera Pilihanraya PAS mesti mengkaji cara dan kaedah untuk membendung perkara ini dari terus menjadi penyebab kepada rakyat mengalih arah mengundi BN.

Bagi pengundi tegar PAS iaitu ahli dan penyokong setia PAS ianya tidak menjadi masalah kerana aqidah perjuangan dan kefahaman Islam dapat menghindarkan mereka dari terjebak dengan rasuah berbentuk kebendaan dan janji sebegini. Namun bagi pengundi atas pagar dan tidak berparti rasuah politik, rasuah wang, ugutan dan tawaran sebegini mudah mencairkan pegangan mereka walaupun mungkin sebelum ini mereka mengundi PAS.
Jumlah pengundi atas pagar yang ramai mungkin mencapai jumlah 40-60 % pengundi setiap kawasan sudah tentu akan menyukarkan peluang untuk kita menang seandainya kaedah dan cara sesuai untuk membendung perkara ini gagal kita kenal pasti.

Sudah sampai masanya jentera kita bekerja keras untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Kita tidak boleh mengharapkan SPR dan Polis untuk bertindak secara telus dan professional kerana kita semua sedia maklum mereka bagaikan dicucuk hidung oleh kerajaan.

Comments

ataspagarje said…
salam,

diharapkan Tuan Fauzi dapat mengalas tugas dengan baik nnt.Amin..

Pas jgn selalu memperlekehkan kebolehan dan kekuatan org lain. Pas juga punyai kelemahan. Pas perlu satu medium yg baru untuk mencari sbb musabab kemenangan dgn majoriti yg kurang ini.

Yg pastinya, rakyat sidah tahu apa itu Pas dan apa perjuangan Pas sebenarnya.
Putra IJ80 said…
Mengapa harus berduka dgn kemenagan ini.

Sepatutnya kita terus syujud syukur.,kerana kelebihan satu undi atau satu juta undi ia akan di kira menang,.

Kita lihat sebelum ini para pemimpin dan pejuang PAS walaupon Tewas dalam hampir kesemua PRK.,mereka tetap tabah dan meneruskan keazaman dan hasil nya kita lihat hari ini., perkara sebalik nya berlaku.

Jangan kita jadi ikut ikutan kepada mereka yg,kufur nikmat Allah s.w.t.

Belajar lah dari sejarah nya.
TEKONG DARAT said…
salam bro sofi...
saya bersetuju dgn indraputra80...
berapa banyak kemenangan itu tidak penting...
yang penting adalah bagaimana dicapai dan untuk apa kemenangan itu....

debatapasaja.blogspot.com
ataspagarje said…
apa komen saudara S/U Pas Kelantan seolah-olah menyalahkan pemuda MU yang telah 'swing' ke BN.

link: http://www.malaysiakini.com/news/108528