Janji-janji pembangunan yang dibuat oleh BN semasa berkempen di Manek Urai tidak mendapat sambutan dari rakyat manakala program-program kebajikan dan pendidikan serta tarbiah PAS lebih menarik minat rakyat.
Perkara ini terbukti apabila ceramah-ceramah anjuran BN tidak mendapat sambutan di mana ianya hanya dihadiri tidak sampai 50 orang itupun diimport dari ladang-ladang tertentu untuk meramaikan orang sahaja.
Ini berlawanan dengan program-program kuliah, ceramah dan acara-acara kebajikan yang dianjurkan oleh PAS di mana ratusan malah ribuan rakyat hadir untuk mendengar ceramah dan mengikuti program-program tersebut.
Ini merupakan tamparan hebat kepada BN yang mendabik dada bahawa BN akan menang pada kali ini.
Kajiselidik badan bebas juga menunjukkan bahawa 39.2 % dari 716 responden memberikan jawapan yang sangat positif kepada program-program kebajikan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri berbanding hanya 17.2 % yang menyatakan program-program tersebut tidak memberikan impak positif kepada rakyat. Selebihnya pula menjawab tidak pasti samada program kebajikan tersebut memberikan impak kepada rakyat atau tidak.
Dari dapatan di atas dapat saya simpulkan bahawa rakyat Manek Urai merupakan mereka yang matang berpolitik dan tidak mudah termakan dengan umpan dan gula-gula politik BN yang menjadikan pembangunan sebagai modal untuk memancing undi.
Rakyat sebenarnya sudah muak dan meluat dengan cara BN mempolitik dengan menjadikan pembangunan sebagai bahan kempen mereka sedangkan pembangunan itu sendiri adalah tanggungjawab kerajaan pusat dan negeri. Sebab itulah kerajaan negeri tidak pernah mengungkit tentang pembangunan yang dijalankan oleh mereka kerana itu memang tanggungjawab 'ayah' kepada 'anak dan keluarganya',
Tidak syak lagi BN mempunyai tugas berat untuk menarik sokongan rakyat dari PAS.
Comments
adakah dengan berceramah kosong itu dikira satu kebajikan?
tuan lebih arif tentang hal ini.