PAS akan membuat kejutan terakhir hari ini. Itu antara perkara besar yang sedang rancak dibualkan di Manek Urai. Namun sehingga kini belum diketahui apa bentuk 'bom' tersebut. Sehingga malam tadi pemimpin PAS masih merahsiakan taktik terakhir mereka.
BN melalui Timbalan Perdana Menteri semalam membuat kenyataan lucu dan meloyakan apabila menjanjikan sebuah jambatan berharga RM7 juta jika rakyat mengundi BN dan memenangkan Tuan Aziz esok. Rata-rata rakyat Manek Urai berpendapat ini merupakan suatu rasuah dan perbuatan yang tidak bermaruah.
Bagi mereka maruah diri bukannya sama nilainya dengan sebuah jambatan.
Namun begitu persoalannya sekarang apakah 'bom' terakhir PAS ini akan meranapkan jambatan Muhyiddin. Sama-sam kita tunggu.
"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.
"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang semalam.
Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama.
Selain Tuan Aziz, turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad.
Namun begitu disebalik rasuah jambatan yang dijanjikan oleh Muhyiddin, PAS tetap menaruh keyakinan untuk menang. Itupun belum lagi dibantu dengan 'bom' terakhir mereka.
Semalam, Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan, YB Abdul Fatah Haron berkata PAS sudah hampir mencapai sasarannya untuk menang dengan majoriti yang besar.
Ini bermakna PAS benar-benar yakin akan menang cuma mereka sedang berusaha untuk mencapai sasaran yang ditetapkan sebelum ini. Sebaliknya calon BN, Tuan Aziz terus menunjukkan sikap merendah diri apabila berkata bahawa BN akan terus berjuang memberikan tentang sengit kepada PAS.
Comments
Di mana keikhlasan UMNO?
begitulah dari dulu hingga kini dan selama2nya.....
fikir2 kan lah........