PRK MANEK URAI : BN KALAH TERUK?

BN kalah teruk sehingga hilang deposit pada PRK Manek Urai? Benarkah begitu. Segalanya mungkin berlaku.
Yang pasti survey di blog ini menunjukkan BN ditolak secara total oleh tetamu blog ini apabila 90 % tetamu memilih PAS berbanding hanya 7% memilih BN dan 3 % lagi tidak pasti.
Tetapi survey ini hanyalah survey yang tidak kuat kerana kita tidak tahu siapa yang menyertai survey ini, apa kecenderungan politiknya, lokasinya dan lain-lain aspek penting dalam dunia kajiselidik yang memerlukan suatu sistem yang lebih menyeluruh dan sistematik.
Namun keputusan survey ini tidak boleh diperkecilkan kerana sekurang-kurangnya kita melihat penyokong-penyokong PAS dan PR walau di mana mereka berada mereka tetap setia kepada perjuangan PR walaupun pelbagai tohmat, cacian, fitnah dan maki hamun dibuat oleh Umno/BN kepada PR melalui media. Inilah kekuatan PR iaitu mempunyai ahli dan penyokong yang komited dan setia.

Comments

serupasekala said…
Tuan/Puan,
Jabatan Meteorologi Malaysia telah melancar laman web portal baru jabatan pada 29 Jun 2009 dengan menggunakan alamat yang sama iaitu www.met.gov.my . Mohon pihak tuan membuka laman web portal berkenaan untuk mengetahui samada ianya boleh diakses oleh pihak tuan tanpa masalah.
Sila berikan maklumat berkenaan kebolehan akses ini kepada saya wdmokhtar@yahoo.com.sg untuk tujuan pemantauan dan mencari penyelesaian jika ada masalah.

Sekian, terima kasih.
zakaria @ black said…
survey dpt drp org bodoh. mmg dpt keputusan camtu...