PRK MANEK URAI : BEG SEKOLAH DITUKARKAN DENGAN DASAR PPSMI, MANSUHKAN BIASISWA DAN KERUNTUHAN AKHLAQ
Apakah nilai beg sekolah yang dihadiahkan oleh BN kepada murid-murid sekolah di Manek Urai jika hendak dibandingkan kedurjanaan dan kesilapan BN mengamalkan dasar PPSMI, memansuhkan biasiswa dan keruntuhan akhlaq murid-murid akibat dasar pelajaran kerajaan BN yang gagal mendidik anak bangsa.
Namun itulah mentaliti menteri BN, Mustapha Mohamad yang nampaknya cukup berbangga dengan pemberian beg sekolah kepada 6,000 murid di Manek Urai sedangkan pada masa yang sama berapa ramai murid-murid yang menjadi mangsa PPSMI, mangsa dasar BN memansuhkan biasiswa dan juga menjadi mangsa kegagalan dasar pendidikan negara.
Cuba bayangkan betapa susahnya anak-anak orang kampung belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.?
Cuba bayangkan berapa ramai anak bangsa yang terpaksa berhenti sekolah dan tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana tiada biasiswa?
Cuba bayangkan berapa ramai pelajar-pelajar yang terlibat dengan gejala maksiat, zina , khalwat, buang anak, mencuri, rompak, samseng dan sebagainya?
Semua ini adalah kegagalan kerajaan BN menguruskan hal-hal pelajaran dan pendidikan di negara kita.
Adalah BN ini menebus kegagalan ini dengan BEG SEKOLAH?????? Saya yakin pengundi Manek Urai akan MENGHUKUM BN pada 14 Julai ini.
Comments
-apakah beg sekolah akan diberi tiap-tiap tahun?
-apakah puteri umno akan kekal menjadi kuli penduduk Manik Urai selepas PRK ini?
-apakah tentera yang sedang membantu akan terus membantu anda?
-apakah artis yang dibawa untuk menghibur anda perihatin kepada anda?
-apakah saguhati yang diberi untuk mengundi BN kekal selama-lamanya?
-sanggupkah pengundi Manik Urai robohkan Serambi Mekah?
-sanggupkah pengundi Manik Urai gadai perjuangan Islam dengan harga paling murah?
-Jadikanlah sirah Perang Tabuk yang berlaku dalam bulan Rejab sebagai iktibar!