PRK MANEK URAI : ABE UJI DAH TERUJI

Walaupun pelbagai tohmahan dan fitnah serta cercaan yang dilemparkan kepada calon PAS, Abe Uji namun beliau tetap tabah dan cekal menghadapi cabaran tersebut.
Penghinaan demi penghinaan dilemparkan Umno kepada beliau tetapi ternyata rakyat Manek Urai sayangkan beliau sehingga kemana sahaja beliau pergi tetap mendapat sambutan hangat dan mesra dari rakyat.
Antara penghinaan yang dibuat oleh Umno ialah Abe Uji hanyalah penjual ikan yang tidak berpendidikan tinggi. Penghinaan ini dilakukan oleh Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan.
Penghinaan kepada Abe Uji ini telah mendapat reaksi spontan dari para penjual ikan di Manek Urai apabila mereka berkumpul beramai-ramai membantah penghinaan itu semalam.
Akhirnya ternyata penghinaan Umno itu menjadi 'back fire' kepada mereka apabila rakyat semakin benci kepada Umno yang ternyata tidak bermoral dan memandang lekeh dan keji kepada kerjaya sebagai penjual ikan.
Tanpa menghiraukan penghinaan itu Abe Uji terus menziarahi segenap pelusuk kampung di DUN Manek Urai. Setakat maklumbalas yang diterima amat baik dan PAS terus diyakini akan menang pada 14 Julai ini.
Sementara itu jentera BN semakin lemah dan longlai. Pemerhati politik berpendapat faktor utama kelemahan jentera BN adalah disebabkan kesilapan mereka memilih calon yang tidak mendapat sokongan akar umbi.

Comments