PENAMAAN CALON PRK MANEK URAI : 10,000 PENYOKONG PAS VS 2,000 PENYOKONG BN

PAS ternyata mengalahkan BN pada pusingan pertama PRK Manek Urai apabila kira-kira 10,000 penyokong PAS mengiringi calonnya Haji Fauzi Abdullah atau Abe Uji berbanding hanya 2,000 penyokong BN yang dibayar untuk mengiringi calonnya Tuan Aziz Tuan Mat.
Jumlah penyokong ini menggambarkan bahawa jentera dan semangat PAS lebih hebat berbanding dengan BN. Siang-siang lagi BN sudah mengaku kalah dengan jumlah penyokongnya yang lebih kali ganda kurang dari penyokong PAS. Fenomena ini juga dapat dilihat pada penamaan calon PRK Bukit Gantang dahulu.

Majoriti penyokong BN dilihat terdiri dari orang luar yang diupah untuk meramaikan bilangan sedangkan majoriti penyokong PAS datangnya dari Manek Urai dan Kuala Kerai sendiri.

Pemerhati politik melihat ini adalah tanda-tanda BN akan tersungkur buat kali keenam berturut-turut dalam pilihnraya kecil di Semenanjung selepas PRU 2008 lalu.

Comments