Pemuda Umno Bukit Katil yang mengganas menyerang petugas DAP dan PAS yang menjalankan kempen pendaftaran pengundi di Pasar Malam Melaka Baru minggu lalu berbohong lagi buat kesekian kalinya.
Semalam dalam kenyataannya di dalam sebuah media harian, Naib Ketua Pemuda Umno Bukit Katil, Jailani Khamis menuduh petugas-petugas DAP dan PAS membaling botol kepada mereka.
Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini kerana sebiji botol pun kami tidak bawa dalam kempen tersebut apatah lagi membalingnya ke arah mereka.
Saya yang turut berada pada program tersebut juga membantah kenyataan Jailani yang menyatakan kami berkempen politik sedangkan pembesar suara tersebut digunakan untuk mengajak orang ramai supaya mendaftarkan diri sebagai pemilih bukannya berceramah dan berkempen politik.
Diharapkan Jailani tidak menipu dan berbohong dalam hal ini.
Jailani terus membuat pembohongan seperti kenyataan beliau sebelum ini bahawa pihak kami membuat provokasi kepada Pemuda Umno. Sedangkan mereka yang memaki hamun dan mencaci kami dan ADUN-ADUN DAP dengan cacian yang berunsur perkauman dan tidak bertamadun.
Lebih malang lagi pegawai-pegawai MBMB dan Polis juga turut menerima cacian dari beliau dengan kata-kata seperti lembap, terhegeh-hegeh dan lain-lain.
Saya menyeru kepada Jailani supaya berpolitik secara professional bukannya membuat penipuan dan berbohong seperti ini.
Comments