PASCA PRK MANEK URAI : MUNGKIN ADA PENIPUAN DAN PENYELEWENGAN SELAIN POLITIK WANG

Setiap kali Pilihanraya berlaku PR sering mendakwa terdapatnya pengundi hantu yang dibawa oleh BN bagi membantu mereka memenanginya. Tetapi kali ini tiada kedengaran isu tersebut. Sebaliknya pemimpin PAS hanya menuding jari kepada politik wang dan ugutan serta penyalahgunaan jentera kerajaan secara tidak bermaruah.

Mungkinkah PRK Manek Urai bebas dari sebarang kerja jahat BN dan SPR dari segi penipuan pengundi hantu.

Biasanya pada hari pengundian kita akan mendengar rungutan seperti nama hilang dari daftar pemilih, ada orang mengundi bagi pihak orang lain, pemilih didakwa sudah mengundi, penahanan pengundi-pengundi yang mencurigakan, penahanan bas-bas dan kereta-kereta yang disangsikan dan sebagainya.

Namun kali ini semua perkara di atas tidak kedengaran. Mungkinkah ianya tidak berlaku langsung atau kita tidak berjaya mengesannya?

Walaupun begitu saya yakin jentera PAS Kelantan mantap dan berupaya mengesannya jika ia benar-benar berlaku kecuali BN menggunakan taktik baru yang sukar dikesan. Contohnya menggunakan pertolongan kerajaan langit Ayah Pin dan sebagainya.

Saya secara peribadi tidak percaya 100 % kepada tidak adanya penipuan dan penyelewengan pada kali ini. Jangka masa sebulan lebih antara tarikh meninggalnya Pak Su Wil dan tarikh penamaan calon dan pengundian sudah tentu membolehkan segala gerakerja jahat BN dilakukan dengan wewenang.

Atau apakah jentera Pilihanraya PAS Kelantan yakin 100 % bahawa tidak adanya pengundi hantu dan penipuan lain dilakukan secara konspirasi antara BN dan jentera kerajaan lain yang sudah diketahui umum bekerja membantu BN sejak sekian lama.

Saya harap Post Mortem yang dijalankan oleh Jabatan Pilihanraya PAS Pusat dan Kelantan dapat mengenalpasti segala kelemahan dalaman, penipuan dan penyelewengan BN dan kuncu-kuncunya ini.

Comments

mudz said…
harap Post Mortem mengambil kira kes Penipuan.

Pada kebodohan akau ,ini semua PENIPUAN terancang UMNO untuk menang mudah....

UMNO terlampau yakin akan MENANG di Manek Urai...tetapi Allah swt penentu segalanya.


Beg besar saja UMNO buat wayang ada agenda lebih besar.

Tiada calon bebas di PRK Man U ...Kenapa tiada calon bebas seperti Bukit Gantang, Penanti, Bukit Selambau...Keran UMNO yakin menang mudah.

Kenapa DS najib tidak risau untuk melawat Man U atau menunggu keputusan PRK diumum sebelum ke Mesir...kerana terlampau yakin UMNO akan menang.

Kenapa tiada pengiraan kali ke dua atau ketiga ...kenapa UMNO biar PAS menang dgn mojoriti nyawa ikan..pengiraan kedua atau ketiga boleh menang kan UMNO......kerana takut rahsia akan bocor atau UMNO tidak bersedia untuk pengiraan semula...UMNO telah terlampau yakin akan menang...apa muslihat sebenar UMNO??????

UG hanya digunakan sebagai dalih ...mereka ada agenda lagi besar.
ataspagarje said…
mcm-mcm andaian kalian semua. knp tak mahu buat andaian kpd Pas pula? krisis dlm Pas?..Hubungan Pas kelantan dan terengganu?..
kia71 said…
salam..

jam 2 ptg kita dah kalah sebenarnya...

jln terakhir kita ,perang saraf.

jam 3 fatah harun umum kita dah menang 2000 undi...

alhamdulillah stratigi itu berjaya..
nada rakyat said…
hakikatnya pas kalah di saluran orang muda dan undi pas merosot..kalau ada pengundi hantu pun,sepatutnya undi pas tak boleh merosot kalau benar2 pas kuat di MU
Siapa kah mereka ini yang bertopi warna oren di pintu-pintu undi di Manek Urai dan mereka juga juga berada sejauh 1.5 KM dari tempat undi.

Apa kah "kerja" mereka sebenarnya.
Sebab semasa pilihanraya dulu saya tak nampak seekor bertopi warna oren berkumpul di pintu masuk undi.

Sila siasat.

Gambar mereka bolih di lihat dalam >>> http://shanghaistephen.blogspot.com/2009/07/my-personal-observation-of-mu-results.html
Anonymous said…
Saya undi BN masa di Manek Urau PRK ari tu. Mula mula nak undi PAS tapi fikirkan sesama pemimpin dlm parti pun mereka tak sekepala misalnya Nik Aziz ngan Hadi asyik bertelagah jer, jadi baik saya undi BN lebih menyekinkan.. dulu dulu memang saya undi PAS.. tapi sekarang tidakkk...makil meluat saya tenguk sikap dan perangai pemimpin PAS sekarang asyik gaduh sesama sendiri jer... saya cadangkan semua org yg baca komen saya ni masuk UMNO,,huhuh
maw said…
lebih tetap fokuskan kepada bagaimana undi merosot daripada berligar pada kenapa sahaja.kekuatan pas adalah dasar ukhwah,amanah,bersih dan islam.Dimana silap dan kelemahanya,pergerakan pas keakar umbi bagi setiap lapisan socio-masyarakat amatlah lemah dan seolah olah tiada keberkesanan jauh sekali ransangan.Bagaimana hendak menarik dan menawan hati hati anak muda dan remaja,terutama mahasiswa/siswa?Pas terlalu mudah melatah.