PASCA PRK MANEK URAI : KESAL MEDIA TUTUP CERITA PETUGAS CEDERA

Saya sangat kesal dengan sikap media pengampu BN yang terus mengamalkan laporan berat sebelah yang berlawanan dengan etika kewartawanan. Media bacul ini hanya menyiarkan dan melaporkan gambar 2 orang puteri Umno yang dikatakan cedera dibaling dengan botol oleh petugas PAS pada hari pembuangan undi Selasa lalu.

Sedangkan di pihak PAS sendiri sekurang-kurangnya 2 orang petugas cedera teruk dibaling dengan batu dan objek lain pada hari yang sama.

Seperti yang dijangkakan media bacul ini menggelapkan berita dan gambar penyokong Pakatan Rakyat yang berdarah, 'pecah' kepala dibaling batu oleh penyokong BN.
Seorang muslimat PAS di salah satu pusat pengundian cedera teruk terpaksa diusung untuk dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana kepala terkena batu yang dibaling penyokong Umno.

Manakala seorang petugas Pakatan Rakyat turut cedera, berdarah kepalanya dibalut dengan bendera dan kain di kepalanya bagi mengurangkan pendarahan.

Sesungguhnya media bacul ini sudah hilang integriti dan kewarasan mereka kerana sentiasa menggelap cerita sebenar. Pada masa sama mencari peluang untuk memburuk-burukkan PAS dan PR dengan tuduhan ganas, melampau dan tidak berperi kemanusiaan.

Inilah juga yang dilaporkan oleh media dalam isu keganasan Pemuda Umno terhadap petugas DAP dan PAS di Melaka beberapa minggu lalu. Mereka menyalahkan DAP dan PAS yang dikatakan melakukan provokasi kepada Pemuda Umno sedangkan merekalah yang melakukan perkara tersebut sehingga sanggup menyerang petugas DAP dan PAS serta merosakkan barangan kami.
Gambar ihsan : blog pemuda besut dan blog-blog lain

Comments

mustaqim said…
org pas yg mulakan dulu. wat pe nak simpati. pegi mampos sama de.