PAS MELAKA KEHILANGAN TENAGA BERJASA

PAS Melaka kehilangan seorang bekas pemimpinnya yang banyak berjasa kepada perjuangan Islam di Melaka.

Bekas Bendahari PAS Negeri, Haji Mohd Nor Jaafar, 74 meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi buang pinggang dan sakit belakang di Hospital Besar Melaka.

Jenazah beliau disembahyangkan rumah Allahyarham jam 4.15 malam petang tadi di Taman Ara, Batu Berendam.


Antara jasa-jasa beliau yang tidak dapat dilupakan ialah jasanya mengasaskan Pejabat PAS Negeri di Semabok. Beliau bersama-sama dengan beberapa yang lain berusaha sedaya upaya membina bangunan tersebut yang masih digunakan sehingga ke hari ini.


Selain itu Allahyarham pernah bertanding pada Pilihanraya Umum pada tahun 1986 di Parlimen Batu Berendam.

Jawatan terakhir beliau ialah Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Bukit Katil sessi 2007/2009. Antara pemimpin yang menyembahyang jenazahnya ialah Ketua Pemuda Negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek, ahli-ahli badan perhubungan negeri dan pimpinan PAS Kawasan Bukit Katil serta Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil serta bekas-bekas pimpinan PAS Negeri Melaka dan Kawasan Bukit Katil.

Comments

Anonymous said…
SALAM....
komplikasi buah pinggang atau 'buang' pinggang?
org memali said…
Alfatihah .Takziah untuk keluarga