Pakatan Rakyat Melaka akan melakukan kejutan pada Pilihanraya Umum akan datang.
Itulah luahan Setiausaha Jabatan Pilihanraya Negeri Melaka (JPNM), Bahiki Ismail ketika ditanya tentang peluang PAS dan PR dalam PRU 13 nanti.
"PR akan buat kejutan yang orang takkan percaya".
"Kamu pernah duga tak PR akan menang di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang selain dari Kelantan" kata Bahiki.
Bahiki berkata senario semasa membuktikan bahawa rakyat negeri Melaka mula berubah terutama masyarakat Tionghua yang jelas telah jauh berubah berbanding pilihanraya umum ke 12 lalu.
Kita yakin jika pengundi Cina berubah dan mengundi PAS dan PR, maka BN akan tewas bukan sahaja di Melaka malah seluruh Malaysia.
"Jika 80 % pengundi Cina seperti di Bukit Gantang memangkah PAS, maka BN akan berputih mata dan jadi pembangkang di Melaka dan Malaysia".
"Kita mesti tingkatkan kerjasama sedia ada dalam PR dengan mendekati rakyat yang tertekan dengan kezaliman dan penindasan serta rasuah BN" kata Bahiki.
Menurut Bahiki, BN jangan mendabik dada kerana terbukti Khir Toyo, Mahdzir Khalid, Koh Tsu Kon dan Tajol Rosli telah mengalaminya dan ianya tidak mustahil akan terkena pula kepada Ali Rustam.
Comments