ORANG MELAKA PUN DAH MATI KENA H1N1

Melaka semakin terdedah kepada Virus H1N1 semalam seorang wanita berumur 20 tahun meninggal akibat virus merbahaya ini.

Wanita terbabit merupakan mangsa keempat yang meninggal dunia akibat influenza A (H1N1) di negara kita. Beliau meninggal Hospital Melaka pagi semalam.

Nampaknya rakyat negeri Melaka kena berhati-hati kurangkan aktiviti di luar terutama tempat tumpuan orang ramai.

Saya mengesyorkan kerajaan negeri supaya mengambil tindakan lebih drastik untuk menangani wabak ini kerana terbukti ianya semakin serius. Antara langkah yang saya cadangkan ialah :-

1) Menghentikan serta merta semua aktiviti umum yang melibatkan orang ramai terutama penyertaan rakyat negara asing yang dikhuatiri membawa virus ini

2) Menutup semua IPTA/IPTS dan sekolah-sekolah selama seminggu mulai sekarang bagi mengurangkan risiko penularan wabak ini.

3) Menutup tempat-tempat pelancongan selama seminggu bagi menghadkan penyebaran wabak ini

4) Membuat penyaringan H1N1 untuk semua pelancong semasa mereka tiba di tempat penginapan, Lapangan Terbang, Stesyen bas dan sebagainya.

5) Mewajibkan semua penduduk memakai 'mask' ketika keluar rumah atau pergi ke tempat awam

6) Memberikan taklimat segera kepada semua rakyat negeri ini tentang bagaimana untuk mengelakkan virus ini dan cara mengurangkan risiko jangkitan.

7) Menutup semua premis maksiat (sarang pelacuran, disko, kelab malam, kedai judi dan lain-lain) yang mengundang bala dari Allah
8) Kerajaan negeri mesti kembali kepada ajaran Islam dengan mengamalkan sistem pentadbiran Islam.

Comments

Anonymous said…
Bagus cadangan tu, cuma lupa satu jer.., jangan ajak rakyat berkumpul untuk berdemo. Ceramah politik kena kurangkan, tumpu pada usaha meningkatkan taraf ekonomi dan kesejahteraan rohani.
LegendZ said…
Latest.Di Melaka Industrial Skill Development Centre(MISDEC), Bachang..4 org suspek H1N1..cuti shingga 10hb.
Anonymous said…
kena pakat ajak solat hajat ramai2 mohon perlindungan dari allah..