Saya menyambut baik pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Namun terkilan dan kecewa mengapa kerajaan menunggu sehingga tahun 2012 baru hendak dimansuhkan sepenuhnya.
Bukankah itu akan menyebabkan murid tahun 4, 5 dan 6 sekarang akan akan menjadi mangsa penangguhan tersebut.
Terbukti kerajaan sebenarnya menipu rakyat sebelum ini dengan menyatakan bahawa dasar ini berjaya dan murid-murid tidak menjadi mangsa. Namun hakikatnya penipuan kerajaan ini terdedah dihadapan mata rakyat apabila anak-anak kita semakin mundur dalam pelajaran matematik dan sains.
Dalam isu pemansuhan ini kerajaan sekali lagi ingin bermain silap mata dengan menunggu sehingga 2012 barulah pemansuhan sepenuhnya dibuat. Apa sebabnya mereka menunggu sehingga 2012?
Saya menggesa kerajaan menjelaskan sebabnya secara terperinci dan rakyat berhak menolaknya.
Saya mengharapkan pengundi Manek Urai dapat mengajar kerajaan BN pada 14 Julai ini supaya dasar PPSMI ini dapat dimansuhkan paling lewat hujung tahun ini.
Saya mengharapkan pengundi Manek Urai dapat mengajar kerajaan BN pada 14 Julai ini supaya dasar PPSMI ini dapat dimansuhkan paling lewat hujung tahun ini.
Semalam Menteri Pendidikan Muhyiddin Yassin yang juga Pengarah PRK Manek Urai BN mengumumkan dasar ini akan dimansuhkan pada tahun 2012.
Comments
Bagaimana bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di universiti pula?
Rakyat kena turun lagi membantah..