Serangan demi serangan yang dilakukan oleh pihak-pihak durjana terhadap kerajaan negeri Selangor benar-benar menguji ketahanan dan kesabaran pimpinan kerajaan negeri Selangor.
Pelbagai 'senjata' digunakan untuk menghancurkan kerajaan negeri Selangor. Serangan terbaru terhadap Exco dan ADUN PR dari DAP benar-benar menguji mereka dan rakyat negeri Selangor sendiri.
Setelah serangan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim melalui isu lembu gagal meruntuhkan kerajaan negeri kini serangan terbaru dihalakan kepada kepada Exco dan ADUN DAP. Tidak mustahil selepas Exco dan ADUN PAS pula akan menghadapi serangan serupa. Malah sebelum ini Exco Kerajaan negeri, YB Dr Halimah Ali sendiri difitnah dengan begitu dahsyat.
Saya mengharapkan pimpinan kerajaan negeri tabah dan sabar menghadapi ujian dan dugaan ini. Rakyat pula mesti berdiri teguh di belakang kerajaan negeri Selangor selagi tidak dibuktikan mereka bersalah.
Insya Allah para pemfitnah itu akan dihukum oleh Allah dan kebenaran akan dibuktikan oleh Allah.
Comments