Najib jual temberang lagi semalam. Sempena 100 hari pemerintahannya beberapa minggu lalu beliau menjual temberang dengan mengumumkan beberapa 'hadiah' kepada rakyat.
Antaranya diskaun tol dan lain-lain. Namun sedarkah kita bahawa rakyat ditipu oleh Najib atas darat. Tol ini hanya melibatkan pengguna lebuh raya yang ada 'touch n go'. Orang Kuala Tembeling, Kuala Sungai Baru, Ramuan Cina ada pakai kad 'Touch N Go' ke.? Kena tipu lagi....

Semalam Najib umumkan pula 6 teras utama kepada KPI iaitu :-
1) Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan
2) Mengurangkan kadar jenayah
3) Memerangi rasuah,
4) Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah
5) Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
6) Menambah baik pengangkutan awam
Tetapi sedarkan tuan-tuan dan puan-puan bahawa keenam-enam teras itu adalh cerita lama yang sebenarnya gagal ditangani oleh kerajaan BN dari dulu, kini dan mungkin selamanya. Mengapa ia diungkit kembali ...tidak lain tidak bukan kerana kerajaan BN gagal mengatasinya.
Lebih malang lagi kerajaan Najib menggunkan slogan, istilah dan term baru ini untuk mengabui mata rakyat yang sesetengahnya 'tidak nampak' akan mainan dan tipu helah kerajaan BN ini.
Comments
jahanam PAS..