Kalau dahulu semasa Khir Toyo menjadi Menteri Besar Selangor, Speaker DUN YB Teng Chang Kim digantung tanpa sebab yang munasabah hari ini Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul menggantung bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo selama setahun dan empat ADUN Barisan Nasional (BN) lain selama enam bulan dengan keistimewaan kepada mereka dilucutkan.
Berikutan itu, 20 ADUN BN yang merupakan pembangkang di negeri itu diketuai Dr Mohamad Khir bertindak keluar Dewan sebagai sebagai memprotes usul meluluskan cadangan hukuman itu telah dibuat dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan (JKHK).
JKHK sebelum ini telah mencadangkan Dr Mohamad Khir digantung daripada menghadiri sidang Dewan dan elaunnya dipotong selama setahun kerana kegagalannya menghadiri pendengaran awam Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT)) mengenai Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS).
Jawatankuasa itu juga telah mencadangkan supaya empat ADUN BN iaitu Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakr (Hulu Bernam) digantung daripada menghadiri sidang Dewan dan elaun dipotong selama enam bulan kerana didapati bersalah menghina SELCAT di dada akhbar.
Sebagai Ketua Pembangkang dan ADUN yang dipilih rakyat mereka sepatutnya tidak menunjukkan sikap keras kepala dan membelakangkan peraturan Dewan.
Sumber : Mstar
Comments
Masa tur dia lah yg.berkuasa menjadikan die lupa ada kuasa lain yg.lebe berkuasa.
Dan mudah mudahan peristiwa ini akan menyedarkannya.
Juga memberi pelajaran serta pengajaran pada yg.ada kuasa.
Kerana kuasa yg.ada pada kita tidak akan kekal selamalama nya.
Melainkan Allah s.w.t yg.kekal dalam Kekuasaannya.
Gua - tak kuasa.
Istana Toyoland - BPR diam-diam diri.
Lawat DisneyLand - BPR diam-diam diri.
Wang Balkis - BPR diam-diam diri.
100 ekar tanah - BPR diam-diam diri.
Dengan ini , saya minta Dewan Undangan Selangor untuk pancung kepala Khir bin Toyol
kelakar la statement putarligat ni..yg slalu menguhuruharakan parlimen siapa ek?